Ramai Pelakon PH belakon di KG Orang Asli sebelum PRU14 tapi kini.....

Ramai Pelakon PH belakon di KG Orang Asli sebelum PRU14 tapi kini..... - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramai Pelakon PH belakon di KG Orang Asli sebelum PRU14 tapi kini....., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramai Pelakon PH belakon di KG Orang Asli sebelum PRU14 tapi kini.....
link : Ramai Pelakon PH belakon di KG Orang Asli sebelum PRU14 tapi kini.....

Baca juga


Ramai Pelakon PH belakon di KG Orang Asli sebelum PRU14 tapi kini.....


Ya kita tahulah.

Bukan semua orang sepandai Menteri Besar Perak dapat ijazah dari Australia. 

Tetapi saya dengar ramai ada pendapat lain mengenai ini. Tidak mengapalah.

Saya rasa kita perlu cam wajah dan ingat nama-nama orang seperti ini.

Pelakon.

Sebelum PRU orang macam ini lah yang dulu gah turun ke kampung-kampung Orang Asli berkempen.

Kata bahawa mereka akan jaga kebajikan, beri perhatian, bantu lebih banyak berbanding BN.

Sedangkan dahulu di bawah BN, begitu banyak usaha dan inisiatif telah kita laksanakan untuk Orang Asli.

Daripada lebih kurang 800 penempatan Orang Asli yang berdaftar, kita dahulu pastikan bahawa:

-  720 kampung ada akses jalan

-  660 kampung terima bekalan elektrik

- 701 kampung ada bekalan air bersih

- lebih 18,000 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dibina di kawasan pedalaman

Dan yang lain dalam pelbagai fasa pelaksanaan dan penambahbaikan.

Kita juga menitikberatkan faktor pendidikan di kalangan Orang Asli kerana hanya melalui pendidikan mereka akan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

Kerajaan BN menyediakan tempat untuk anak-anak Orang Asli di asrama penuh dan institusi pengajian tinggi. Kira-kira 9 hari ini berjaya sehingga peringkat doktor falsafah dan hampir 1,000 di pelbagai peringkat IPT. 

Setiap seorang yang berjaya memasuki universiti, Kerajaan BN memberi galakan dalam bentuk insentif one-off RM3,000 selain bantuan PTPTN.

Belum lagi saya sentuh mengenai hampir 100 anak-anak Orang Asli yang dihantar melanjutkan pengajian di luar negara bawah tajaan MARA.

Belum lagi saya menghuraikan lagi bantuan tambang pe­ngangkutan, makanan percuma dan kemudahan asrama kepada mereka.

Komuniti Orang Asli sentiasa cuba memajukan diri mereka dan dengan bantuan dan dasar yang sesuai, kesemua ini sudah tentu akan menggalakkan mereka dan membuka peluang untuk mereka meningkatkan taraf hidup.

Tapi Pakatan Harapan hari ini bukan setakat gagal menunaikan janji manis mereka.

Hari ini Kerajaan yang berkuasa sudah mula menghina rakyat.

Inilah yang berlaku apabila hanya undi yang dikejar dan tidak pernah ikhlas memahami keperluan rakyat dan komuniti Orang Asli.

Oleh :Najib Razak 


Demikianlah Artikel Ramai Pelakon PH belakon di KG Orang Asli sebelum PRU14 tapi kini.....

Sekianlah artikel Ramai Pelakon PH belakon di KG Orang Asli sebelum PRU14 tapi kini..... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramai Pelakon PH belakon di KG Orang Asli sebelum PRU14 tapi kini..... dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/11/ramai-pelakon-ph-belakon-di-kg-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ramai Pelakon PH belakon di KG Orang Asli sebelum PRU14 tapi kini....."

Posting Komentar