[KO TANYA MOORTHY LA KENAPA TAK IKUT] Insiden boleh elak jika akur keputusan mahkamah

[KO TANYA MOORTHY LA KENAPA TAK IKUT] Insiden boleh elak jika akur keputusan mahkamah - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KO TANYA MOORTHY LA KENAPA TAK IKUT] Insiden boleh elak jika akur keputusan mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KO TANYA MOORTHY LA KENAPA TAK IKUT] Insiden boleh elak jika akur keputusan mahkamah
link : [KO TANYA MOORTHY LA KENAPA TAK IKUT] Insiden boleh elak jika akur keputusan mahkamah

Baca juga


[KO TANYA MOORTHY LA KENAPA TAK IKUT] Insiden boleh elak jika akur keputusan mahkamah

Anggota Forensik Polis menggunakan Laser Scanner Leica C10 untuk mengimbas kawasan kuil berhubung kejadian kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, USJ 25, Putra Heights, hari ini. - Foto Bernama
Sekiranya semua pihak akur keputusan mahkamah berhubung isu pemindahan Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini, ada kemungkinan insiden pergaduhan di kuil itu Isnin lepas dapat dielakkan, kata Exco Kerajaan Negeri Selangor V. Ganabatirau.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor itu berkata sebelum ini pihak berkaitan termasuk pemaju dan pihak kuil sudahpun bersetuju dengan keputusan yang ditetapkan mahkamah.

"Pada 2017 kenyataan pertama saya bahawa kita kena akur keputusan mahkamah. Begitu juga sebelum perayaan Deepavali baru-baru ini yang mana kerajaan negeri juga berpendirian, akur dengan keputusan mahkamah.

“Tetapi bagaimanapun hari ini isunya bertukar, kini ia menjadi satu isu yang melangkaui daripada yang sepatutnya, kalau perkara ini dibuat mengikut undang-undang mungkin tidak wujud perkara (pergaduhan) ini," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Ganabatirau berkata kerajaan negeri bertindak menyelesaikan isu itu sebaik mungkin dan secara dengan berhemah menerusi mahkamah apabila terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan isu berhubung pemindahan kuil berkenaan.

"Sebelum ini tapak tanah itu milik persendirian dan ia tidak digazetkan pun sebagai tapak kuil sebelum ia dijual kepada pemilik kini (pemaju). Saya dimaklumkan wujud pihak yang mempertikai pemilikan tanah itu, namun apa pun kita akan cari jalan penyelesaian berhubung isu pemindahannya," tambahnya.

Insiden pada pukul 2 pagi Isnin itu tercetus apabila puluhan individu berkumpul di kawasan tapak kuil dan berlaku pergaduhan yang menyebabkan 21 kereta pelbagai jenis serta dua motosikal terbakar, dan polis menahan beberapa individu bagi membantu siasatan.

Sebelum ini media melaporkan, empat pihak terlibat dalam penghakiman berkaitan tanah itu yang terdiri daripada kerajaan negeri, pemilik tapak kuil berkenaan One City Development Sdn Bhd (One City) serta dua individu yang mendakwa pentadbir kuil itu.

Kerajaan negeri turut menyerahkan sebidang tanah seluas kira-kira 0.4 hektar sekitar tiga kilometer dari lokasi asal kuil, manakala One City dilaporkan menyumbang RM1.5 juta kepada pihak kuil sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian berkenaan. - Bernama  #CelahGelegar


Demikianlah Artikel [KO TANYA MOORTHY LA KENAPA TAK IKUT] Insiden boleh elak jika akur keputusan mahkamah

Sekianlah artikel [KO TANYA MOORTHY LA KENAPA TAK IKUT] Insiden boleh elak jika akur keputusan mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KO TANYA MOORTHY LA KENAPA TAK IKUT] Insiden boleh elak jika akur keputusan mahkamah dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/11/ko-tanya-moorthy-la-kenapa-tak-ikut.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[KO TANYA MOORTHY LA KENAPA TAK IKUT] Insiden boleh elak jika akur keputusan mahkamah"

Posting Komentar