DIUJI dan TERUJI, TAPI BN di bawah NAJIB TIDAK LAGI TERPUJI

DIUJI dan TERUJI, TAPI BN di bawah NAJIB TIDAK LAGI TERPUJI - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DIUJI dan TERUJI, TAPI BN di bawah NAJIB TIDAK LAGI TERPUJI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DIUJI dan TERUJI, TAPI BN di bawah NAJIB TIDAK LAGI TERPUJI
link : DIUJI dan TERUJI, TAPI BN di bawah NAJIB TIDAK LAGI TERPUJI

Baca juga


DIUJI dan TERUJI, TAPI BN di bawah NAJIB TIDAK LAGI TERPUJI


Kata Najib Razak, pilihlah BN yang sudah duji dan teruji untuk menerajui kerajaan dalam pilihanraya akan datang dan bukannya sebuah gabungan lain yang belum lagi diuji.

“Kami BN sebagai kerajaan telah dicuba serta diuji berulangkali dan kami telah berjaya melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

“Sudah tentu, kami akan cuba menjadi lebih baik, saya tidak menyatakan bahawa segala-galanya sempurna, kami menghadapi cabaran tetapi saya memberi jaminan bahawa kami akan melakukan yang lebih baik dan terbaik pada masa depan.

“Apa yang kami minta daripada anda ialah fikir dengan teliti mengenai masa depan kerana masa depan kelihatan cerah dan baik. Kami mempunyai rancangan untuk masa depan dan anda perlu menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan," kata beliau lagi.

Apa? 

Pilih BN yang sudah diuji?

Pilih BN untuk masa depan?

Najib jelas terdesak dan sedang dihantui bayangan kekalahan dengan kata-katanya kali ini. Beliau nampaknya tidak lagi berani mempromosi dirinya sebagaimana keghairahan yang ditunjukkan pada pilihanraya 2013 lalu, sebaliknya cuba berselindung di sebalik nama BN untuk  memastikannya kekal berkuasa.

Ia seolah-olah BN dan Najib itu dua perkara yang berbeza, sedangkan hakikatnya mengundi BN sama seperti mengekalkan lagi Najib dan mengekalkan Najib tidak ubah seperti mengekalkan kleptokrasi untuk terus berkuasa berkuasa.

Apa masa depan yang boleh diharapkan dengan kerajaan dan kepimpinan yang sebegitu rupa?

BN hari ini bukan lagi seperti BN dahulu. BN dahulu berwibawa dan dipercayai ramai kerana dipimpin oleh pemimpin yang baik, bekerja untuk untuk rakyat, tidak menyusahkan rakyat serta tidak mencuri wang rakyat dengan akhirnya meletakkan semua beban itu kepada rakyat untuk menanggungnya.

Tiada masa depan yang boleh dijanjikan oleh BN kepada rakyat selagi ia dipimpin oleh Najib yang kleptokrasi dan ada Jho Low di belakangnya. 

Memang betul BN sudah teruji dan diuji, tetapi BN di bawah Najib tidak lagi terpuji seperti dahulu. Ia sudah menjadi gabungan yang tidak berguna serta menyusahkan rakyat.

Namun demikian, untuk mengatakan Pakatan Harapan belum diuji dan tidak pernah teruji juga tidak begitu tepat. Ini kerana Pakatan Harapan sudah pun dua penggal memerintah Selangor serta Pulau Pinang dan ia terbukti mampu menjadi kerajaan yang baik dan boleh dipuji.

Rakyat seharusnya menilai prestasi Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu dan tidak harus ragu-ragu untuk memberi peluang kepada gabungan tersebut menerajui Putrajaya pula.

Lagi pula, teruji dan diuji itu hanya setelah diberi peluang memerintah negara. Jika Pakatan Harapan tidak diberi peluang untuk berkuasa, bagaimanakah proses diuji dan teruji itu dapat diadili?

Sama seperti BN yang diberi peluang untuk memerintah negara ini, maka sebab itulah ia telah melalui proses diuji dan teruji. Jika BN tidak berpeluang memerintah negara ini, BN juga tidak pernah diuji dan teruji sebenarnya.


Meski begitu, satu-satunya kelebihan Pakatan Harapan berbanding BN ialah kerana ia dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad yang bukan saja sudah diuji dan teruji selama 22 tahun mentadbir negara sebelum ini, lebih daripada itu beliau juga terbukti pemimpin yang terpuji dan cemerlang dengan pelbagai kejayaan.

Begitu juga dengan sederetan pemimpin lain dalam Pakatan Harapan, mereka juga sudah diuji dan teruji dengan pelbagai cabaran, tekanan, kekangan dalam memperjuangkan nasib rakyat selama ini.

Mereka telah terbukti merupakan pemimpin yang jujur, ikhlas dan komited membela rakyat sehingga akhirnya mampu tampil sebagai pemimpin terpuji, meksipun sebahagiannya belum berpeluang menunjukkan bakat memegang jawatan penting dalam mentadbir negara.

Diuji dan teruji, tetapi tidak lagi terpuji, malah sudah jadi kleptokrasi, mengekalkan lagi BN tidak ubah seperti rakyat menempa nasib lebih lebih masa depan sendiri(ShahbudinHusin 26/02/2018)


Demikianlah Artikel DIUJI dan TERUJI, TAPI BN di bawah NAJIB TIDAK LAGI TERPUJI

Sekianlah artikel DIUJI dan TERUJI, TAPI BN di bawah NAJIB TIDAK LAGI TERPUJI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DIUJI dan TERUJI, TAPI BN di bawah NAJIB TIDAK LAGI TERPUJI dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/02/diuji-dan-teruji-tapi-bn-di-bawah-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DIUJI dan TERUJI, TAPI BN di bawah NAJIB TIDAK LAGI TERPUJI"

Posting Komentar