Ekonomi kita makin BURUK, kerajaan PH gagal

Ekonomi kita makin BURUK, kerajaan PH gagal - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ekonomi kita makin BURUK, kerajaan PH gagal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ekonomi kita makin BURUK, kerajaan PH gagal
link : Ekonomi kita makin BURUK, kerajaan PH gagal

Baca juga


Ekonomi kita makin BURUK, kerajaan PH gagal


Minggu lepas, kerajaan mengumumkan bahawa pertumbuhan KDNK (GDP) negara untuk suku kedua merosot dengan teruk dari 5.4 peratus sehingga 4.5 peratus - jauh di bawah kesemua unjuran pakar analisa ekonomi.

Kejatuhan sebegini agak membimbangkan kerana kadar pertumbuhan suku kedua kini di bawah paras negara Indonesia dan Thailand yang sebelum ini lebih rendah dari kita.

Walaupun bukan lagi Perdana Menteri, halatuju ekonomi negara masih merupakan keutamaan saya. Oleh itu saya mengambil sedikit masa untuk meneliti data-data dan pengumuman kerajaan untuk fahaman lebih mendalam.

Pertumbuhan KDNK bagi suku kedua mungkin lebih rendah kerana semua sektor ekonomi telah menunjukkan kejatuhan yang berpunca dari banyak projek-projek telah dihentikan tetapi diselamatkan oleh sektor permintaan dalam negara (domestic consumption) apabila GST disifarkan yang mengalakkan lebih banyak pengguna untuk membeli.

Tetapi keadaan ini tidak akan berpanjangan kerana cukai SST akan bermula bulan depan.

Pelaburan langsung asing (FDI) juga menurun dari RM12 bilion pada suku pertama kepada RM2.8 bilion manakala pelaburan portfolio (iaitu saham dan bon) telah menunjukkan pengaliran keluar sebanyak RM38.3 bilion pada suku kedua berbanding pengaliran ke dalam sebanyak RM2.5 bilion untuk suku pertama.

Rizab antarabangsa BNM yang diumumkan setiap dua minggu terus jatuh setiap kali diumumkan semenjak PRU14 daripada US$110 bilion kepada US$104.2 bilion pada 15 Ogos.

Matawang ringgit juga telah menyusut 25 sen kepada RM4.10 berbanding RM3.85 pada bulan April sebelum pilihanraya.

Nilai Ringgit banyak bergantung kepada harga minyak dunia. Beberapa tahun dahulu masa saya Perdana Menteri, Ringgit juga jatuh di bawah RM4.10 semasa harga minyak dunia sangat rendah sehingga di bawah US$30 satu tong. Tetapi Ringgit yang lemah kini ialah ketika harga minyak dunia jauh lebih tinggi pada tahap US$75 satu tong. Tidak mustahil nilai Ringgit akan lebih lemah lagi jika harga minyak dunia jatuh sekali lagi.

Banyak juga yang membimbangkan. Lebihan dagangan antarabangsa juga jatuh teruk dalam bulan Mei dan Jun kepada RM6 bilion iaitu setengah daripada lebihan RM13 bilion untuk bulan April kerana jumlah import kita telah naik dengan pesat manakala kadar pertumbuhan ekspot kita telah menurun. Ini mungkin disebabkan oleh GST disifarkan dan menyebabkan pengguna menjurus kepada pembelian barang import.

Oleh itu, lebihan akaun semasa kita telah jatuh dari RM15 bilion daripada suku sebelumnya kepada RM3.9 bilion. Lebihan akaun semasa ini amat penting. Jika ia menjadi negatif, mungkin penarafan kredit negara (sovereign credit rating) akan terkesan.

Kadar pengangguran turut menunjukkan peningkatan sedikit pada bulan Jun disebabkan mereka yang tiada kerja telah naik sebanyak 17,000 orang berbanding bulan April.

Pendapatan kerajaan juga menurun kepada RM14.1 bilion pada bulan Jun berbanding RM20.9 bilion pada bulan sebelumnya. Ini mungkin kerana GST sudah mula disifarkan. Hasil yang semakin menyusut tentu akan memberi tekanan kepada kerajaan dan menyebabkan keupayaan kerajaan untuk menyelamatkan negara dan membantu rakyat akan lebih lemah.

Di sebalik harga minyak sawit yang sudah menurun, jumlah ekspot minyak sawit juga turun dengan teruk setiap bulan selepas PRU14. Eksport minyak sawit bulan Julai adalah 17 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya manakala jumlah eksport bagi bulan Ogos dijangka rendah sebanyak 26 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Kadar inflasi untuk bulan Jun pada kadar 0.8% dan naik kepada 0.9% bagi bulan Julai manakala inflasi makanan untuk bandaraya Kuala Lumpur sebanyak 3.5% pada bulan Julai membuktikan harga barang-barang masih naik selepas GST dimansuhkan. Kadarnya positif dan bukan negatif bermakna harga masih naik.

Kadar inflasi ini tentu akan naik lebih tinggi pada bulan September apabila cukai SST diperkenalkan.

Mereka yang arif ataupun ada minat dalam bidang ekonomi pasti tahu dan memahami bahawa kesemua petunjuk-petunjuk ini adalah tidak baik dan jika berterusan, agak merisaukan dan mungkin boleh bertambah buruk. 

Walaupun saya hairan mengapa prestasi ekonomi telah bertukar hala dan merosot begini selepas PRU14, adalah tidak adil untuk menilai prestasi kerajaan baru berdasarkan cuma 4 bulan sahaja tetapi sudah tentu dasar-dasar dalam dan luar negara kerajaan baru ada kesannya.

Apa-apa pun, saya berdoa untuk ekonomi negara terus maju dan kerajaan baharu ini akan memantau data-data ini dengan teliti supaya peluang pekerjaan dijanakan, inflasi terkawal apabila SST bermula dan kita tidak jatuh ke dalam kemelesetan ataupun krisis ekonomi dalam jangka pendek seperti yang diramal oleh beberapa pakar ekonomi bank.

- Najib Razak 


Demikianlah Artikel Ekonomi kita makin BURUK, kerajaan PH gagal

Sekianlah artikel Ekonomi kita makin BURUK, kerajaan PH gagal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ekonomi kita makin BURUK, kerajaan PH gagal dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/08/ekonomi-kita-makin-buruk-kerajaan-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ekonomi kita makin BURUK, kerajaan PH gagal"

Posting Komentar