[CUKUPLAH LGE BERPOLITIK] Ketua Audit perlu jelaskan jika betul negara kehilangan wang RM35b - mantan Timb. KSU Perbendaharaan

[CUKUPLAH LGE BERPOLITIK] Ketua Audit perlu jelaskan jika betul negara kehilangan wang RM35b - mantan Timb. KSU Perbendaharaan - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [CUKUPLAH LGE BERPOLITIK] Ketua Audit perlu jelaskan jika betul negara kehilangan wang RM35b - mantan Timb. KSU Perbendaharaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [CUKUPLAH LGE BERPOLITIK] Ketua Audit perlu jelaskan jika betul negara kehilangan wang RM35b - mantan Timb. KSU Perbendaharaan
link : [CUKUPLAH LGE BERPOLITIK] Ketua Audit perlu jelaskan jika betul negara kehilangan wang RM35b - mantan Timb. KSU Perbendaharaan

Baca juga


[CUKUPLAH LGE BERPOLITIK] Ketua Audit perlu jelaskan jika betul negara kehilangan wang RM35b - mantan Timb. KSU Perbendaharaan


KUALA LUMPUR – Ketua Audit Negara perlu tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam kewangan negara ekoran dakwaan kehilangan wang dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Tabung Bayaran Balik Tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Penjelasan itu sangat penting untuk mengelakkan berlaku kekeliruan yang boleh menyebabkan salah faham tentang pentadbiran kerajaan.
Pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, penjelasan itu perlu bersifat profesional, telus serta tidak ada kaitan dengan politik dan politiking.
Terlalu banyak kekeliruan hingga sukar pembayar cukai dan rakyat mahu memahami apa sebenarnya yang berlaku sekarang.
“Untuk menanganinya, Ketua Audit Negara yang mewakili badan profesional perlu membuat penjelasan tentang prosedur dan jelaskan apa sebenarnya yang berlaku,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Beliau mengulas mengenai dakwaan Lim Guan Eng tentang kehilangan wang sebanyak RM19.25 juta daripada Tabung Bayaran Balik GST.
Menteri Kewangan itu juga mendakwa kerajaan dahulu gagal mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah terlebih bayar berjumlah RM16.04 bilion yang tertunggak sejak lebih enam tahun hingga 31 Mei 2018.
Mengulas mengenainya, Navaratnam yang pernah menjadi Timbalan Ketua Setiausaha Perbendahaan berkata, secara prinsipnya pengurusan kewangan negara diuruskan berdasarkan Perlembagaan menerusi Kumpulan Wang Yang Disatukan.
Jelasnya, segala hasil dan wang yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan disimpan dan dikumpulkan dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan itu perlu dikeluarkan untuk diagih-agihkan kepada tabung-tabung tertentu untuk tujuan pembayaran balik dan sebagainya.
Navaratnam berkata, selama yang beliau tahu, prosedur pembayaran balik bayaran tidak pernah dibuat terus oleh kerajaan, sebaliknya wang perlu diambil daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan.
Pengeluaran wang itu pun bukan boleh dibuat sewenang-wenang  kerana ia perlu memenuhi prosedur dan undang-undang ketat.
Disebabkan peraturan itu, beliau berpandangan kedudukan sebenar mengenai dakwaan kehilangan wang kerajaan mesti diberi penjelasan terperinci dan telus.
Ketelusan dan kejujuran itu bukan bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi memberitahu keadaan sebenar.
“Cukup-cukuplah berpolitik, hentikan perdebatan, berhenti menunding jari kepada mana-mana pihak, kembalikan kepada dunia sebenar.
“Hadapi realiti sebagai kerajaan, tadbir negara sebaik-baiknya, kembalikan keyakinan awam yang semakin merudum sekarang.
“Sebab itu saya berharap Ketua Audit Negara tampil buat penjelasan untuk menutup segala isu yang berbangkit. Selepas itu bekerja keraslah untuk negara,” katanya. – MalaysiaGazette


Demikianlah Artikel [CUKUPLAH LGE BERPOLITIK] Ketua Audit perlu jelaskan jika betul negara kehilangan wang RM35b - mantan Timb. KSU Perbendaharaan

Sekianlah artikel [CUKUPLAH LGE BERPOLITIK] Ketua Audit perlu jelaskan jika betul negara kehilangan wang RM35b - mantan Timb. KSU Perbendaharaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [CUKUPLAH LGE BERPOLITIK] Ketua Audit perlu jelaskan jika betul negara kehilangan wang RM35b - mantan Timb. KSU Perbendaharaan dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/08/cukuplah-lge-berpolitik-ketua-audit.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[CUKUPLAH LGE BERPOLITIK] Ketua Audit perlu jelaskan jika betul negara kehilangan wang RM35b - mantan Timb. KSU Perbendaharaan"

Posting Komentar