MB Perak tegur Aziz Bari

MB Perak tegur Aziz Bari - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB Perak tegur Aziz Bari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB Perak tegur Aziz Bari
link : MB Perak tegur Aziz Bari

Baca juga


MB Perak tegur Aziz Bari


TAPAH: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari, ditegur berikutan kenyataannya berhubung status hak milik tanah 999 tahun bagi kampung baru, yang bercanggah dengan keputusan kerajaan negeri.


Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, yang membuat teguran itu berkata, sesiapa saja boleh memberi pandangan terbuka kepadanya tetapi dalam sesetengah hal ia perlu dibuat secara tertutup kerana boleh memberikan pandangan yang tidak baik kepada rakyat.


Saya akui tidak gembira dengan kenyataan EXCO (Abdul Aziz) yang memberi pandangan berbeza dengan kerajaan negeri melalui media kerana dalam mesyuarat EXCO, sesiapa boleh memberi pandangan secara terbuka dan tertutup dalam pejabat saya, bila-bila masa tapi bukan secara umum.


“Tapi saya fikir ini pengalaman baru bagi ramai orang termasuk saya dan perkara ini boleh dibaiki, cuma jangan tunjuk perbalahan dan perbezaan pandangan itu secara umum, itu tidak bagus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Mukmin, Kampung Batu 3 Chenderiang, di sini, hari ini.


Justeru, Ahmad Faizal menasihati semua Ahli EXCO Kerajaan negeri, pemimpin serta ahli Pakatan Harapan (PH) yang lain untuk menerima apa saja pandangan yang dibuat oleh pemimpin negeri.


Katanya, dalam sistem yang diamalkan negara ini termasuk sistem parti, ahli perlu mendengar pandangan yang dilontarkan serta mengikut arahan dan perlu ada disiplin kerana bukan semua perkara boleh dilakukan secara terbuka dengan sesuka hati.


Ditanya sama ada beliau menerima tekanan daripada pemimpin PH lain berhubung isu milikan tanah berkenaan yang dilihat menimbulkan rasa tidak senang mereka khususnya daripada DAP, Ahmad Faizal berkata beliau tidak menerima tekanan dan tidak tertekan dengan perkara itu.


Hari ini saya solat sunat Aidiladha bersama-sama dengan beliau (Abdul Aziz) dan rakan EXCO yang lain di Masjid Negeri, tidak ada masalah, saya tidak rasa tertekan dan kalau ada nampak saya sedikit murung mungkin saya penat tetapi saya bukan susah hati,” katanya.


Ahmad Faizal juga yakin isu berkaitan tanah dapat diselesaikan segera kerana kerajaan negeri akan mengadakan sebuah bengkel membabitkan penyertaan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan negeri bagi membincangkan pelaksanaan semua manifesto PH di Perak termasuk membabitkan isu tanah.


Katanya, ada beberapa pandangan berhubung isu berkenaan yang perlu dibincangkan meliputi semua sudut dan PH tetap komited untuk
melangsaikan serta menunaikan janji manifesto pilihan raya tanpa perlu melanggar Perlembagaan Persekutuan.


Namun, semua kena sedia maklum, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri datang dari pihak yang sama, iaitu PH, tidak ada masalah untuk kita bawa kedua-dua pandangan kepada kepimpinan pusat bagaimana arah tuju yang jelas untuk laksanakan perkara ini,” katanya.


Ketika sesi penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri menetapkan pendirian bahawa cadangan memberikan status hak milik tanah 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung baru bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak dapat dilaksanakan.


Perkara itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin PH negeri termasuk Abdul Aziz yang kemudiannya membuat sidang media berhubung isu itu.


Beliau menjelaskan, hal berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan menegaskan bahawa pendirian pemberian status tanah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah salah sama sekali.-BH



Demikianlah Artikel MB Perak tegur Aziz Bari

Sekianlah artikel MB Perak tegur Aziz Bari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB Perak tegur Aziz Bari dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/08/mb-perak-tegur-aziz-bari.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MB Perak tegur Aziz Bari"

Posting Komentar