[INGATAN UNTUK PH] Jangan gugat bahasa Melayu, kata pakar

[INGATAN UNTUK PH] Jangan gugat bahasa Melayu, kata pakar - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [INGATAN UNTUK PH] Jangan gugat bahasa Melayu, kata pakar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [INGATAN UNTUK PH] Jangan gugat bahasa Melayu, kata pakar
link : [INGATAN UNTUK PH] Jangan gugat bahasa Melayu, kata pakar

Baca juga


[INGATAN UNTUK PH] Jangan gugat bahasa Melayu, kata pakar

Seorang profesor linguistik dan antropologi menolak pendapat sesetengah kalangan bahawa bahasa Melayu secara intrisiknya lebih rendah daripada bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dan ilmu.
Dr Teo Kok Seong, felo penyelidik utama di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, bahasa kebangsaan itu, terutama jelmaan modennya, adalah sama berguna seperti bahasa utama dunia lain sebagai alat komunikasi dalam pelbagai bidang kegiatan manusia.
Upayanya tidak kurang dalam penyampaian pengetahuan pelbagai cabang keilmuan, termasuk sains, tambah beliau.
Beliau berkata pembangunan bahasa Melayu moden merupakan hasil usaha berterusan Dewan bahasa dan Pustaka sejak Merdeka.
Katanya, tidaklah dapat dielakkan sekiraya ramai rakyat Malaysia menuruti jejak dunia melihat bahasa Inggeris sebagai bahasa perniagaan sejagat, dan diikuti bahasa Mandarin. Beliau berkata, bahasa Mandarin kini dipandang tinggi berikutan kebangkitan China sebagai sebuah kuasa ekonomi.
Beliau juga berkata, rakyat Malaysia cenderung melihat bahasa Inggeris sebagai bahasa lebih bergaya kerana mereka yang dianggap termasuk dalam kelompok elit masyarakat suka menggunakan bahasa itu
Teo menjangka bahasa Inggeris dan Mandarin akan terus digunakan secara meluas dalam sektor swasta negara ini, namun bahasa Melayu akan terus berkembang sebagai sebuah bahasa.
Beliau menggesa perhatian seimbang diberikan ke arah penguasaan ketiga-tiga bahasa tersebut, dan berkata bahasa Melayu mesti dibenarkan memainkan peranan sebagai bahasa penyatuan rakyat Malaysia. - FMT


Demikianlah Artikel [INGATAN UNTUK PH] Jangan gugat bahasa Melayu, kata pakar

Sekianlah artikel [INGATAN UNTUK PH] Jangan gugat bahasa Melayu, kata pakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [INGATAN UNTUK PH] Jangan gugat bahasa Melayu, kata pakar dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/08/ingatan-untuk-ph-jangan-gugat-bahasa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[INGATAN UNTUK PH] Jangan gugat bahasa Melayu, kata pakar"

Posting Komentar