Judul : Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron
link : Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron
Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron
MOF menjelaskan, selain Petron (milik Mirzan Mahathir), Shell juga dilantik sebagai pembekal petrol dan diesel kepada kenderaan kerajaan Persekutuan.
Alasannya ialah untuk mengujudkan harga yang kompetitif.
Persoalannya kenapa tidak diberikan kepada Petronas sahaja. Sepatutnya Petronas diberi keutamaan. Ia adalah GLC. Petronas selamanya memberikan hasil dan dividen kepaa kerajaan.
Menambah satu lagi syarikat kroni sebagai pembekal menyebabkan hasil Petronas semakin kurang. Sedangkan Tun M masa membangunkan KLCC dan F1 dulu pun gunakan Petronas.
Sebelum ini saya mencadangkan tagline untuk Kerajaan PH ialah “Munafik & Nepotisme”.
Saya juga mengatakan Tun M ada sindrom ISA (Ikut Suka Aku).
Kes terbaru ini membuktikan Menteri Kabinet ketandusan moral dan intergriti manakala CEP merestui kroni kapitalisme bermaharajalela.
Bagaimana Petron antara yang terpilih?
Apatah lagi Tun M baru 3 bulan jadi PM.
Itu melibatkan syarikat anaknya.
Semalam harga saham Petron naik memuncak 80 sen. SPRM wajar masuk menyiasat.
Tindakan terbaru kerajaan PH ini sebenarnya mencabar inteligen rakyat yang dijanjikan ketelusan dan menolak nepotisme.
Kes terbaru ini umpama rompakan di siang hari.
Beberapa hari selepas PRU 14, OPCOM Holding (Mokhzani Mahathir adalah Pengerusi/CEO) dapat kontrak dari Telekom Malaysia bernilai RM11.6 Juta.
Apakah selepas ini Marina Mahathir pula dapat kontrak Kerajaan.
Apakah yang boleh dilakukan oleh rakyat?
Terbaik ialah “boikot minyak Petron”. Lagi pun Petron bermula melalui syarikat “arak” San Miguel di Pilifina.
Dulu Rafizi pernah mencadangkan kempen boikot minyak Petron. Manakala Awnar pula pembidas kuat penguasaan syarikat arak tersebut yang membeli ESSO sebelum ditukar kepada Petron.
Ayuh boikot Petron sebagai tanda membantah nepotisme. #BoikotPetron.
Mohd Puad Zarkashi
Demikianlah Artikel Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron
Sekianlah artikel Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/08/puad-zarkashi-jom-bersama-rafizi-boikot.html
0 Response to "Puad Zarkashi - jom bersama Rafizi boikot Petron"
Posting Komentar