Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH

Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH
link : Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH

Baca juga


Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan untuk tidak membuat kesilapan dalam hal membabitkan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) atau sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ketua Pemuda PH Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebarang keputusan perlu dibuat melalui persetujuan gabungan semua parti komponen dalam PH dan kabinet kerajaan susulan manifesto parti telah menjanjikan bahawa BR1M akan dikekalkan untuk golongan B40 (mereka berpendapatan bawah RM3,000 sebulan).

"Sebarang perubahan mesti memastikan penerima tidak terkesan sehingga menjadi lebih susah. Pakatan Harapan tidak boleh membuat kesilapan dalam hal ini, sejarah akan menilai kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan media berhubung keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengurangkan pemberian jumlah BR1M sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan.

Nik Nazmi yang juga Anggota Parlimen Setiawangsa berkata perkara tersebut tentu menimbulkan kegusaran penerima BSH kerana pemberian wang sudah menjadi bantuan hayat bagi kebanyakan mereka.

Beliau mengakui sistem BSH perlu diteliti semula agar ia menepati matlamat untuk mengurangkan jurang pendapatan dalam masyarakat dan membolehkan penerima berdiri di atas kaki sendiri.

Perancangan ini mestilah dibuat dengan telus dan informasi hendaklah disampaikan kepada rakyat dengan jelas untuk mengelakkan daripada berlaku salah faham, katanya.

-- BERNAMA


Demikianlah Artikel Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH

Sekianlah artikel Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/08/isu-br1m-nik-nazmi-bagi-peringatan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu BR1M: Nik Nazmi bagi PERINGATAN kepada PH"

Posting Komentar