CUKAI Soda untuk GALAK RAKYAT HIDUP SIHAT - Tun M

CUKAI Soda untuk GALAK RAKYAT HIDUP SIHAT - Tun M - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CUKAI Soda untuk GALAK RAKYAT HIDUP SIHAT - Tun M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CUKAI Soda untuk GALAK RAKYAT HIDUP SIHAT - Tun M
link : CUKAI Soda untuk GALAK RAKYAT HIDUP SIHAT - Tun M

Baca juga


CUKAI Soda untuk GALAK RAKYAT HIDUP SIHAT - Tun M


KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang menimbang untuk melaksanakan cukai soda bagi menggalakkan hidup yang lebih sihat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk mengurangkan penggunaan gula yang boleh menyebabkan penyakit diabetes.

"Kadar diabetes di Malaysia sangat tinggi kerana kita mengambil terlalu banyak gula,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Cities 4.0 + Business 4.0, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai pendirian kerajaan berkenaan pelaksanaan cukai soda untuk meningkatkan hasil kerajaan.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan juga akan memulihkan semula Cyberjaya untuk lebih menumpukan kepada industri berasaskan teknologi dan pembangunan teknologi baharu serta penggunaannya. 

"KIta akan menggalakkan penggunaan Cyberjaya bagi industri seumpama ini,” katanya. 

Beliau berkata mungkin akan ada gelombang kedua pembangunan dalam Koridor Raya Multimedia yang dipacu kemajuan teknologi dalam era digital.

Ditanya mengenai projek Forest City di Johor, Dr Mahathir berkata beliau tidak bersetuju dengan idea untuk membina bandar bagi orang asing.

"Apa yang pasti adalah, bandar itu yang akan dibina tidak boleh dijual kepada orang asing. 

"Kita membantah kerana ia dibina bagi orang asing, bukan untuk rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli apartment itu,” katanya. 

Sementara itu, mengenai Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Dr Mahathir berkata kerajaan tidak berhasrat untuk mengeluarkan laporan CEP kepada umum. 

Beliau berkata tugas CEP adalah untuk menyiasat dan mengemukakan laporan kepada beliau untuk tindakan selanjutnya. 

"Tugas mereka adalah untuk menyiasat. Sama ada saya terima atau tidak adalah urusan saya tetapi tanggungjawab utama mereka adalah menyediakan maklumat yang saya perlukan untuk saya membuat kepurusan,” katanya.  

Persidangan dan pameran selama tiga hari itu yang bertemakan "To Elevate Smart City and Digital Adoption in Malaysia and the Region" (Meningkatkan Bandar Raya Pintar dan Penggunaan Digital di Malaysia dan Rantau Ini) , bertujuan mendedahkan kepada para peserta maklumat penting dan strategi untuk mengguna pakai transformasi digital dalam pelbagai aspek perancangan dan pembangunan bandar serta meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan kepada rakyat. 

-- BERNAMA


Demikianlah Artikel CUKAI Soda untuk GALAK RAKYAT HIDUP SIHAT - Tun M

Sekianlah artikel CUKAI Soda untuk GALAK RAKYAT HIDUP SIHAT - Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CUKAI Soda untuk GALAK RAKYAT HIDUP SIHAT - Tun M dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/08/cukai-soda-untuk-galak-rakyat-hidup.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "CUKAI Soda untuk GALAK RAKYAT HIDUP SIHAT - Tun M"

Posting Komentar