Netizen persoal Mat Sabu sertai majlis Syiah di Selatan Thailand 3 hari lalu

Netizen persoal Mat Sabu sertai majlis Syiah di Selatan Thailand 3 hari lalu - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Netizen persoal Mat Sabu sertai majlis Syiah di Selatan Thailand 3 hari lalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Netizen persoal Mat Sabu sertai majlis Syiah di Selatan Thailand 3 hari lalu
link : Netizen persoal Mat Sabu sertai majlis Syiah di Selatan Thailand 3 hari lalu

Baca juga


Netizen persoal Mat Sabu sertai majlis Syiah di Selatan Thailand 3 hari lalu


Oleh: Razali bin Zakaria
Pengarang Kanan
BANGI, 14 Zulhijjah 1439H, Ahad– Pemergian Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ke salah sebuah markas Syiah di Selatan Thailand, tiga hari lalu, menjadi persoalan netizen media sosial di Malaysia, khususnya Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menolak fahaman itu.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dikatakan menyertai majlis korban di masjid Zainabiyyah di Phatthalung, yang menjadi markas Syiah di wilayah itu.
Kehadiran beliau yang turut memberi ucapan pada perhimpunan di masjid berkenaan dimuat naik dalam akaun Facebook pemimpin dan pengikut Syiah di markas berkenaan.
Antara yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah pegawai polis dan tentera Thailand. Pada majlis itu, Mat Sabu turut menyembelih seekor lembu kurban.
Netizen media sosial mempertikaikan sama ada pemergian Mat Sabu ke majlis berkenaan dilakukan secara diam-diam sebagaimana beliau ke Syria, sebelum ini.
Pada 2013 lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan bahawa semua ajaran atau fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.
Malah, Jakim juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan ada fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Jakim yang menjalankan kajian mendapati, dakyah Syiah sebagai sebuah mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.
Mat Sabu sebelum ini didakwa mengikut fahaman Syiah.
Malah, pada 2013 lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika itu, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan bahawa Mat Sabu yang ketika itu Timbalan Presiden PAS, adalah pengikut fahaman Syiah.
Abdul Rahim pada sidang media di Putrajaya, pada 12 Disember 2013 berkata, kenyataan itu berdasarkan kepada 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN, termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.
Antaranya, Mat Sabu pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk ‘Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni’ dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.
Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.
Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.
Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, di wilayah Satun, Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.
Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz berfahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.
Selain itu terdapat saksi di mana seorang tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan Syiah sekali gus membuktikan Mat Sabu adalah salah seorang penganut Syiah.
Bagaimanapun, sehari selepas kenyataan KDN itu, Mat Sabu menafikan bahawa beliau adalah pengamal fahaman Syiah.
Beliau mengakui memuji kepimpinan dan perjuangan ulama Syiah Iran, Imam Khomeini yang juga ikon mazhab, tetapi menafikan ia bermakna beliau pengikut Syiah.
“Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.
“Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrullah,” katanya yang menjelaskan akan mengambil tindakan terhadap, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu menjadi Naib Presiden UMNO, kerana menuduhnya Syiah.
Mat Sabu juga berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Rahim kerana didakwa mengemukakan bukti yang memfitnahnya. - ismaweb


Demikianlah Artikel Netizen persoal Mat Sabu sertai majlis Syiah di Selatan Thailand 3 hari lalu

Sekianlah artikel Netizen persoal Mat Sabu sertai majlis Syiah di Selatan Thailand 3 hari lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Netizen persoal Mat Sabu sertai majlis Syiah di Selatan Thailand 3 hari lalu dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/08/netizen-persoal-mat-sabu-sertai-majlis.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Netizen persoal Mat Sabu sertai majlis Syiah di Selatan Thailand 3 hari lalu"

Posting Komentar