Judul : Kristian menguasai Putrajaya BUKAN cakap kosong
link : Kristian menguasai Putrajaya BUKAN cakap kosong
Kristian menguasai Putrajaya BUKAN cakap kosong
Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran mengenai pemimpin Kristian dalam kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Beliau merujuk kepada video tular yang menunjukkan paderi Kristian meraikan kemenangan HARAPAN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.
"Orang Kristian sudah mengambil alih, take over kuasa Putrajaya dan negeri-negeri yang saya sebut tadi. Betul memang betul.
"Sekarang ini menteri-menteri, tengok. Lim Guan Eng tu Kristian, Anthony Loke Kristian, Tony Pua Kristian, Hannah Yeoh Kristian.
"Teresa Kok - Khalid Samad marah apabila saya kata Teresa Kok ini satu-satu perempuan yang ada 'kok',"
DAP berkenaan menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk mengembangkan ajaran Kristian.
"Nama-nama yang saya sebut ini mereka ini pengembang agama Kristian. Mereka ini pengembang agama Kristian.
"Kita kena waspada. Dalam dia berpolitik, dia menggunakan platform politik untuk mengembang, menyebar agama Kristian,"
Lim merupakan menteri kewangan manakala Loke dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dalam kabinet perdana menteri, Tun Dr Maahthir Mohamad.
Pua pula merupakan pegawai khas di kementerian kewangan, manakala Yeoh merupakan timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat. Kok pula dilantik mengetuai kementerian industri utama.
'Hapuskan raja-raja Melayu'
DAP berkuasa dalam HARAPAN di sebalik keputusan dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
DAP suatu hari nanti akan berusaha untuk menghapuskan raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik.
Jangka panjang, tuan-tuan, puan-puan ini penting ni.
"Beberapa hari nanti kalau boleh mereka nak hapuskan raja-raja Melayu.
"Mereka nak tubuhkan satu sistem pemerintahan seperti Singapore, tak ada raja tak ada sultan, tak ada Yang di-Pertuan Agong.
"Sistem republik - iaitu ketua negara terdiri daripada siapa sahaja - boleh jadi Melayu, Cina, India," - Malaysiakini
Demikianlah Artikel Kristian menguasai Putrajaya BUKAN cakap kosong
Sekianlah artikel Kristian menguasai Putrajaya BUKAN cakap kosong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kristian menguasai Putrajaya BUKAN cakap kosong dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/08/kristian-menguasai-putrajaya-bukan.html
0 Response to "Kristian menguasai Putrajaya BUKAN cakap kosong"
Posting Komentar