Najib sesuai ganti TMJ: Jamal, Jgn Halang TMJ letak jawatan, dia tak mampu

Najib sesuai ganti TMJ: Jamal, Jgn Halang TMJ letak jawatan, dia tak mampu - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib sesuai ganti TMJ: Jamal, Jgn Halang TMJ letak jawatan, dia tak mampu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib sesuai ganti TMJ: Jamal, Jgn Halang TMJ letak jawatan, dia tak mampu
link : Najib sesuai ganti TMJ: Jamal, Jgn Halang TMJ letak jawatan, dia tak mampu

Baca juga


Najib sesuai ganti TMJ: Jamal, Jgn Halang TMJ letak jawatan, dia tak mampu


KUANTAN: Peminat bola sepak negara perlu akur dan menerima keputusan drastik Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Bekas pemain bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail tidak menolak kemungkinan faktor tekanan yang dihadapi membuatkan Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu bertindak meletak jawatan sebagai individu nombor satu dalam badan induk bola sepak negara.
Kita tidak boleh memaksa Tunku Ismail untuk tidak melepaskan jawatan Presiden FAM kerana ia adalah hak mutlak dia...tiada siapa yang boleh menghalang keputusan dibuat," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP hari ini.
Beliau menegaskan, jawatan Presiden FAM adalah tugas sukarela yang hanya mampu digalas oleh individu tertentu sahaja dan pastinya banyak cabaran terpaksa dihadapi oleh insan nombor satu badan induk bola sepak itu.
Jamal turut memuji keputusan dibuat Tunku Ismail yang berundur apabila merasakan dirinya sudah tidak mampu mengemudi FAM yang bukan sahaja berhadapan prestasi hambar skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa tetapi juga membabitkan isu kewangan.
Namun Jamal berkata, dalam keadaan sekarang pihak tertentu diingatkan supaya jangan terlalu meletakan sedikit jasa yang dicurahkan Tunku Ismail seolah dia adalah terbaik serta  paling hebat.
"Pandangan peribadi saya jasa Tunku Ismail sepanjang memimpin FAM dianggap kecil berbanding pemimpin terdahulu seperti Sultan Ahmad Shah dan Tengku Abdullah yang pernah berada di kerusi Presiden dalam jangka masa panjang.
"Justeru saya berharap jangan membezakan dia (Tunku Ismail) dengan pemimpin sebelum ini hanya disebabkan kerana ingin memujuk dan mengambil hati," katanya yang tidak menolak bahawa pengaruh Tunku Ismail kuat.
Beliau juga yakin Tunku Ismail yang membawa beberapa perubahan dalam FAM sepanjang memikul tugas sebagai presiden sudah berfikir panjang sebelum mengambil keputusan melepaskan jawatan.
Katanya, tugas utama sebagai presiden FAM ialah berusaha mencari penaja bagi menampung tabung kewangan untuk kegunaan pasukan negara, pembangunan, menguruskan Liga Malaysia (Liga M) dan geran pasukan negeri serta kelab.
Namun katanya, hanya individu tertentu dan berpengaruh sahaja dapat menarik minat penaja untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada FAM setiap tahun.
Ditanya individu yang layak memikul tugas presiden FAM selepas ini Jamal Nasir menegaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak calon sesuai menyandang jawatan terbabit.
"Minat mendalam dalam sukan bola sepak selain berpengaruh menjadi kelebihan kepada dia (Najib) untuk menyandang jawatan itu, sekiranya dia tidak berminat dengan jawatan itu disebabkan bebanan tugas calonkan sebagai penasihat atau penaung. 
"Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pernah menjadi Presiden FAM," katanya yang menganggap Perdana Menteri peminat bola sepak nombor satu negara sejak menjadi Menteri Besar Pahang.


Demikianlah Artikel Najib sesuai ganti TMJ: Jamal, Jgn Halang TMJ letak jawatan, dia tak mampu

Sekianlah artikel Najib sesuai ganti TMJ: Jamal, Jgn Halang TMJ letak jawatan, dia tak mampu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib sesuai ganti TMJ: Jamal, Jgn Halang TMJ letak jawatan, dia tak mampu dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/03/najib-sesuai-ganti-tmj-jamal-jgn-halang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib sesuai ganti TMJ: Jamal, Jgn Halang TMJ letak jawatan, dia tak mampu"

Posting Komentar