Persempadanan Semula: PAKU TERAKHIR "KERANDA" 1MALAYSIA

Persempadanan Semula: PAKU TERAKHIR "KERANDA" 1MALAYSIA - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Persempadanan Semula: PAKU TERAKHIR "KERANDA" 1MALAYSIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Persempadanan Semula: PAKU TERAKHIR "KERANDA" 1MALAYSIA
link : Persempadanan Semula: PAKU TERAKHIR "KERANDA" 1MALAYSIA

Baca juga


Persempadanan Semula: PAKU TERAKHIR "KERANDA" 1MALAYSIA

Idea 1Malaysia yang diuar-uarkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak kini boleh dianggap sudah tidak diendahkan, kata bekas pengarang kumpulan New Straits Times (NST).
Kata Mustapha Kamil Mohd Janor sebelum ini dia memang sudah berpendapat idea 1Malaysia itu sebenarnya hanya membawa manfaat kepada pihak yang menjalankan kempen berkenaan semata-mata.
Kini katanya dengan pengakuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, ia boleh dianggap paku terakhir buat 'keranda' inisiatif 1Malaysia.
"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, satu-satunya pihak yang mendapat untung daripada slogan 1Malaysia ialah mereka yang mengeluarkan lapel pin (pin kelepet).
"Lain-lain semua cakap kosong saja," katanya sambil menyertakan pautan mengenai berita disiarkan malaymailonline.
Berita itu - yang memetik laporan NST - berkata Mohd Hashim mengakui persempadanan semula kawasan pilihan raya memang mengasingkan etnik tertentu dalam sesuatu kawasan.
Katanya SPR mengambil kira aspek geografi dan kaum semasa membuat persempadanan semula yang dikritik pembangkang sebagai hanya menguntungkan BN.
Semua kelentong saja
Antara lain pembangkang membantah kerana SPR mengumpulkan sesuatu kaum di kawasan tertentu sehingga ia menjadi begitu dominan.
Sebelum ini sesuatu kawasan lazimnya menempatkan pengundi yang rencam, kecuali di di kerusi tertentu yang memang terdapat kaum tertentu bermastautin secara ketara.
Untuk rekod inisiatif 1Malaysia diilhamkan sendiri oleh Najib pada hari-hari terawalnya menjadi perdana menteri pada 2009.
Melalui konsep 1Malaysia kerajaan mahu mewujudkan suatu bangsa tanpa mengambil kira kepelbagaian latar etnik atau subetnik serta kebudayaan.
Kata Mustapha Kamil melalui kenyataan Mohd Hashim itu, apa saja usaha yang ada kaitan dengan 1Malaysia sudah berkubur.
"Dengan pengakuan orang ini, 1Malaysia dan segala-galanya yang ada kaitan dengan inisiatif itu semua sudah masuk longkang. Semua kelentong saja," katanya. - MK


Demikianlah Artikel Persempadanan Semula: PAKU TERAKHIR "KERANDA" 1MALAYSIA

Sekianlah artikel Persempadanan Semula: PAKU TERAKHIR "KERANDA" 1MALAYSIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Persempadanan Semula: PAKU TERAKHIR "KERANDA" 1MALAYSIA dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/03/persempadanan-semula-paku-terakhir.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Persempadanan Semula: PAKU TERAKHIR "KERANDA" 1MALAYSIA"

Posting Komentar