MENCARI KAMBING HITAM, MEMBULI Perkhidmatan Awam KESELURUHANNYA

MENCARI KAMBING HITAM, MEMBULI Perkhidmatan Awam KESELURUHANNYA - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MENCARI KAMBING HITAM, MEMBULI Perkhidmatan Awam KESELURUHANNYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MENCARI KAMBING HITAM, MEMBULI Perkhidmatan Awam KESELURUHANNYA
link : MENCARI KAMBING HITAM, MEMBULI Perkhidmatan Awam KESELURUHANNYA

Baca juga


MENCARI KAMBING HITAM, MEMBULI Perkhidmatan Awam KESELURUHANNYA

Kenyataan Media
Timbalan Presiden

*MENGAPA BERLAKU PERTINDIHAN (REDUNDANCY) DALAM AGENSI KERAJAAN.*

1. Baru-baru ini, begitu riuh rendah isu pengecilan saiz Perkhidmatan Awam Negara diperbahaskan oleh banyak pihak yang sudah pastinya mengundang pelbagai reaksi khususnya daripada Anggota Perkhidmatan Awam itu sendiri.

2. Isu mengurangkan jumlah Kakitangan Awam ini seharusnya ditangani secara holistik kerana kesan langsungnya akan mengakibatkan peningkatan kadar penganguran. Sekaligus isu-isu berkisar kebajikan kakitangan awam itu sendiri.

3. Alasan Kerajaan terbeban dengan tanggungan kewangan bagi membayar gaji dan pencen kepada Kakitangan Awam pada saat negara menghadapi isu Kejatuhan Ringgit dan Kemelesatan Ekonomi adalah hujah yang bersifat pra matang serta sangat berat sebelah.

4. Sebelum isu ini memangsakan Anggota Perkhidmatan Awam, mengapa tidak kita berfikir untuk Menstrukturkan Semula segala isu pertindihan beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan? Di samping membuat perancangan teliti yang lebih efisen untuk Meningkatkan Kompetensi Sistem Perkhidmatan Awam kita.

5. Agar tidak berlaku lagi kesilapan pada masa hadapan darihal pertindihan yang tidak munasabah dan sangat membazir contohnya ; 
kita lihat situasi hari ini di mana telah wujudnya JPJ, kemudian diadakan pula SPAD? 
Apa perlunya TERAJU setelah adanya MARA? 
Syarikat Perumahan Negara bertindih dengan PRIMA.
PEMANDU pula ditubuhkan setelah adanya EPU. 
Atas nasihat yang tidak matang kepada Perdana Menteri tertubuhlah 1MDB setelah wujudnya KHAZANAH
Begitu juga bila diwujudkan MARITIM, kita lihat berlaku pertindihan tugas dengan Polis Marin dan Kastam Marin yang sepatutnya boleh diselaraskan dengan baik. Ini belum lagi diperbahaskan pertindihan Kementerian-kementerian yang tidak perlu dan Jawatan-jawatan Lantikan Politik yang keterlaluan.

6. Ratusan juta ringgit diperuntukan untuk membayar gaji dan elaun, peralatan pejabat dan kos mengurus yang tidak sepatutnya berlaku akibat daripada berlakunya "pertindihan" dalam Perkhidmatan Awam Negara.

7. Sebelum membuat sebarang keputusan untuk tindakan mengurangkan Anggota JPA kita, Kerajaan sewajarnya membuat _"management audit"_ yang akan di antaranya mengenal pasti masalah, memperhitungkan sumber negara, penetapan polisi kewangan dan perancangan pentadbiran yang kompeten.

Kerajaan tidak mungkin boleh meneruskan pengurusan yang sepertimana disebut _"It doesn't matter how much milk you spill as long as you don't lose the cow"._ Ia jelas tidak sesuai dan sangat ketinggalan zaman.

*SALAHUDDIN HJ AYUB*
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
23 Februari 2017


Demikianlah Artikel MENCARI KAMBING HITAM, MEMBULI Perkhidmatan Awam KESELURUHANNYA

Sekianlah artikel MENCARI KAMBING HITAM, MEMBULI Perkhidmatan Awam KESELURUHANNYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MENCARI KAMBING HITAM, MEMBULI Perkhidmatan Awam KESELURUHANNYA dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/mencari-kambing-hitam-membuli.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MENCARI KAMBING HITAM, MEMBULI Perkhidmatan Awam KESELURUHANNYA"

Posting Komentar