Syarikat lapor pemimpin kanan Umno dan anak seleweng RM2.7 juta

Syarikat lapor pemimpin kanan Umno dan anak seleweng RM2.7 juta - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syarikat lapor pemimpin kanan Umno dan anak seleweng RM2.7 juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syarikat lapor pemimpin kanan Umno dan anak seleweng RM2.7 juta
link : Syarikat lapor pemimpin kanan Umno dan anak seleweng RM2.7 juta

Baca juga


Syarikat lapor pemimpin kanan Umno dan anak seleweng RM2.7 juta

Sebuah syarikat membuat aduan yang mendakwa sebuah yayasan milik seorang pemimpin kanan Umno melakukan penyelewengan dana RM2.7 juta.
Pengarah pemasaran syarikat yang tidak mahu FMT menamakannya, berkata dana RM2.7 juta itu untuk membangunkan perisian komputer bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menurutnya, dana tersebut daripada geran SKMM yang dipohon bagi tujuan pembangunan perisian itu, dan peruntukan bagi tempoh selama 2 tahun.
Katanya, dana itu sebaliknya diberikan kepada sebuah yayasan dipercayai di bawah pemimpin Umno yang juga seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, dan pihaknya diarah SKMM supaya bekerjasama dengan yayasan itu.
Beliau berkata, 2 bulan selepas perjanjian ditanda tangani, kerjasama antara yayasan tersebut dan syarikatnya ditamatkan tanpa sebab.
Beliau percaya yayasan itu sudah menerima RM2.7 juta dari SKMM yang dimaksudkan untuk perisian itu.
‘Anak dan menantu’
Menceritakan pengalamannya kepada FMT, lelaki itu berkata beliau dihubungi ahli politik berkenaan selepas menunjukkan bukti yang konsep syarikatnya diterima SKMM.
“Ahli MT Umno ini mengundang kami ke sebuah bangunan agensi kerajaan. Kami terkejut dia tidak bawa kakitangan agensi kerajaan sepatutnya. Sebaliknya 2 orang muda,” katanya kepada FMT.
“Rupanya mereka itu anak dan menantunya.”
Beliau bagaimanapun tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggap pemimpin Umno itu mahu menolongnya melalui program untuk Bumiputera.
Dalam perbincangan mereka, dana untuk pembangunan perisian itu “semakin lama semakin kecil”.
Daripada RM2.7 juta untuk tempoh 2 tahun menjadi RM1.34 juta untuk tempoh setahun, dan akhirnya hanya tinggal RM900,000, katanya.
Namun, beliau menerimanya kerana menganggap ia lebih baik daripada tiada projek langsung, lalu menandatangani perjanjian pada 5 Oktober 2016.
Syarikatnya dibayar RM80,000 sebulan bagi antara lain menyiapkan kertas kerja. Tetapi kerjasama itu hanya bertahan 2 bulan.
Beliau mendakwa syarikat sehingga kini hanya menerima RM160,000 – RM80,000 pada Oktober dan November – sebelum perjanjian ditamatkan “tanpa sebab” pada 5 Disember.
“Saya hubungi dia untuk dapatkan penjelasan tetapi katanya tidak tahu.
“Bagaimana dia tidak tahu sedangkan syarikat itu diketuai anaknya dan cek yang kami terima ditandatangani oleh dia dan anaknya.”
Beliau berkata laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman mengesahkan menerima laporan polis itu.
Sukri memberitahu FMT, kes itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Semalam, pengarah pemasaran itu dihubungi SPRM untuk diambil keterangan.
Cubaan FMT untuk mendapatkan respon ahli MT Umno berkenaan masih gagal. - FMT


Demikianlah Artikel Syarikat lapor pemimpin kanan Umno dan anak seleweng RM2.7 juta

Sekianlah artikel Syarikat lapor pemimpin kanan Umno dan anak seleweng RM2.7 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syarikat lapor pemimpin kanan Umno dan anak seleweng RM2.7 juta dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/syarikat-lapor-pemimpin-kanan-umno-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Syarikat lapor pemimpin kanan Umno dan anak seleweng RM2.7 juta"

Posting Komentar