[BAWAH KUASA POLIS] K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco

[BAWAH KUASA POLIS] K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BAWAH KUASA POLIS] K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BAWAH KUASA POLIS] K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco
link : [BAWAH KUASA POLIS] K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco

Baca juga


[BAWAH KUASA POLIS] K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco


Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menutup atau menyita sebarang pusat perjudian kerana tanggungjawab mutlak untuk berbuat demikian terletak pada pasukan polis persekutuan, kata anggota Exco, Ean Yong Hian Wah.
Ini susulan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membidas kerajaan negeri yang didakwa gagal membendung pusat perjudian.
Jamal yang juga adalah ketua Umno Bahagian Sungai Besar, malam semalam bersama kira-kira 100 penyokongnya menyerbu beberapa pusat perjudian di Ampang Jaya.
Mengulas isu itu, Ean Yong mengingatkan Jamal bahawa kuasa untuk menyerbu atau memantau pusat perjudian adalah di tangan polis dan bukannya kerajaan negeri.
Oleh itu, beliau berkata Jamal tidak boleh melepaskan tanggungjawab berkenaan kepada kerajaan negeri.
"Saya gesa Jamal jangan bertindak tanpa mematuhi undang-undang.
"Jika beliau ada sebarang maklumat mengenai pusat judi haram, beliau perlu menyerahkannya kepada pihak polis," kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan pada sidang akhbar di Serdang hari ini.
Sambil menyifatkan pemimpin Umno itu sekadar "jagoh kampung", Ean Yong menyelar tindakan Jamal adalah untuk menutup kesilapannya.
Beliau berkata kerajaan negeri hanya diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen komersial dan bukan untuk membuat serbuan.
"Kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada mereka terlibat dalam aktiviti perjudian.
“Skop penguatkuasaan kami hanya tertumpu kepada operasi perniagaan yang tanpa lesen," katanya.
Ean Yong, yang bertanggungjawab terhadap portfolio kerajaan tempatan, berkata pihak berkuasa tempatan sedia bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras aktiviti perjudian haram.
Namun katanya, kekurangan anggota penguatkuasaan majlis tempatan menyukarkan mereka untuk bertindak.
"Perjudian dan pelacuran adalah kes jenayah. Beliau (Jamal) harus menyedari ini," katanya.
Sambil mencadangkan kerajaan persekutuan untuk mengagihkan kuasa, Ean Yong berharap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dapat membentuk pasukan penguatkuasaannya sendiri untuk menegakkan undang-undang. - MK


Demikianlah Artikel [BAWAH KUASA POLIS] K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco

Sekianlah artikel [BAWAH KUASA POLIS] K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BAWAH KUASA POLIS] K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2016/12/bawah-kuasa-polis-kjaan-selangor-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[BAWAH KUASA POLIS] K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco"

Posting Komentar