Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan Anwar

Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan Anwar - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan Anwar
link : Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan Anwar

Baca juga


Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan Anwar


BUKIT MERTAJAM - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung pemasangan papan iklan dipercayai cuba menghasut rakyat berhimpun untuk bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata tiga lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika memasang papan iklan berkenaan di Jalan Baru, Perai di sini, kira-kira 3 petang tadi.

"Pihak polis membuka siasatan mengikut Akta Hasutan selepas menerima laporan polis daripada orang awam berhubung pemasangan papan iklan berkenaan yang didakwa cuba menghasut rakyat.

"Semasa siasatan dijalankan, polis mengesan tiga lelaki sedang memasang papan iklan itu di kawasan Jalan Baru dan kami menahan mereka bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Katanya tiga lelaki itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya merekodkan keterangan mereka.

Nik Ros Azhan berkata selain di Jalan Baru, tiga papan iklan itu dipasang di Alma, Bukit Teh dan Permatang Tinggi sejak dua hari lepas juga diturunkan oleh polis.

Beliau berkata polis turut menasihatkan penganjur agar tidak terus memasang papan iklan itu supaya tidak menimbulkan kekecohan.

Hari ini, Umno Bahagian Bukit Mertajam menggesa agar tiga papan iklan yang dipercayai cuba menghasut rakyat berhimpun untuk bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diturunkan segera.

Setiausahanya Mohd Fauzi Sharif dilaporkan berkata satu laporan polis dibuat bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang memasang papan iklan itu. – Bernama

Mahkamah telah putuskan Anwar BERSALAH MELIWAT



Demikianlah Artikel Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan Anwar

Sekianlah artikel Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan Anwar dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2016/12/polis-tahan-3-lelaki-pasang-papan-iklan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan Anwar"

Posting Komentar