[DATUK NOZULA TERKILAN] 28 tahun berkhidmat, baru kelmarin diberitahu tak tercalon'

[DATUK NOZULA TERKILAN] 28 tahun berkhidmat, baru kelmarin diberitahu tak tercalon' - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [DATUK NOZULA TERKILAN] 28 tahun berkhidmat, baru kelmarin diberitahu tak tercalon', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [DATUK NOZULA TERKILAN] 28 tahun berkhidmat, baru kelmarin diberitahu tak tercalon'
link : [DATUK NOZULA TERKILAN] 28 tahun berkhidmat, baru kelmarin diberitahu tak tercalon'

Baca juga


[DATUK NOZULA TERKILAN] 28 tahun berkhidmat, baru kelmarin diberitahu tak tercalon'

Bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah menyatakan rasa terkilan susulan namanya digugurkan daripada senarai calon BN Kelantan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Menurut wakil rakyat yang sudah berkhidmat 28 tahun itu, antara perkara paling menyedihkan beliau apabila tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara itu.
"Saya agak terkilan apabila tidak dimaklumkan lebih awal oleh pimpinan parti bahawa saya tidak dicalonkan.
"Sekurang-kurangnya mereka datang berbisik sesuatu kepada saya, " katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Beliau berkata hanya kelmarin beliau dimaklumkan keputusan BN negeri tidak mencalonkannya sekali lagi setelah berkhidmat selama 28 tahun.
Katanya, perkara itu berlaku walaupun beliau sentiasa menemui Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
"Ku Li sepatutnya memberitahu perkara itu lebih awal kepada saya supaya dapat diperjelaskan pula kepada penyokong yang sudah bersedia mengerakkan jentera menghadapi PRU14.
"Tetapi dua hari sebelum pengumuman calon BN negeri Kelantan pada hari ini, baru saya dimaklumkan nama saya digugurkan," katanya yang mengakui faktor kesihatan mungkin menjadi pertimbangan parti.
"Tetapi saya tetap turun bekerja ke sana ke mari untuk, kalau tahu lebih awal saya mungkin ambil pendekatan lain dan saya tetap menjaga rakyat," katanya sambil menegaskan akan terus menyokong perjuangan Umno.
Terdahulu, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan Nozula menjadi satu-satu menyandang wakil rakyat yang digugurkan.
Menurutnya, keputusan akhir senarai calon itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi BN Malaysia.

Mengucapkan terima kasih kepada Nozula, Mustapa berharap Nozula akan membantu jentera BN untuk mencipta sejarah di Kelantan.
Sebagai rekod pada pilihan raya lalu, Nozula menewaskan calon PKR, Amran Abd Ghani dengan majoriti 3, 937 undi dalam pilihan raya umum lalu.


Demikianlah Artikel [DATUK NOZULA TERKILAN] 28 tahun berkhidmat, baru kelmarin diberitahu tak tercalon'

Sekianlah artikel [DATUK NOZULA TERKILAN] 28 tahun berkhidmat, baru kelmarin diberitahu tak tercalon' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [DATUK NOZULA TERKILAN] 28 tahun berkhidmat, baru kelmarin diberitahu tak tercalon' dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/04/datuk-nozula-terkilan-28-tahun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[DATUK NOZULA TERKILAN] 28 tahun berkhidmat, baru kelmarin diberitahu tak tercalon'"

Posting Komentar