Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU

Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU
link : Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU

Baca juga


Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU

PRU14 l Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata gambar Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad boleh digunakan dalam bahan kempen tetapi hanya di kawasan yang ditandingi BERSATU.
Menurut akhbar Sin Chew Daily, pegawai itu berkata ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggantungkeputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membubarkan sementara parti itu, yang mana Mahathir adalah pengerusinya.
"Sebagai pengerusi BERSATU, sudah tentu (gambarnya) boleh digunakan (dalam bahan kempen)," katanya seperti dipetik.
Penjelasan itu susulan syarat tambahan SPR untuk PRU kali ini, antaranya menyatakan parti politik hanya boleh menggunakan gambar dua pemimpin utama parti - presiden (atau setaraf dengannya) dan timbalan presiden (atau setaraf dengannya) - dalam bahan kempen di kawasan yang ditandingi mereka.
Pemimpin HARAPAN mengkritik keras syarat tambahan itu dan mendakwa ia bertujuan menghalang penggunaan gambar Mahathir dalam bahan kempen parti komponennya.
'Anwar dan Lim Kit Siang dilarang'
Bagaimanapun gambar Ketua UMUM PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang juga dilarang untuk digunakan.
"Ini kerana mereka tidak dipilih melalui pemilihan parti. Syarat tambahan SPR (menyatakan) hanya (gambar) dua pemimpin tertinggi boleh digunakan dalam bahan kempen, mereka mesti dipilih melalui pemilihan parti.
"Anwar hanya penasihat, bukan presiden atau timbalan presiden," katanya lagi, sambil berkata larangan itu turut terpakai pada Lim.
Laporan itu juga menyatakan penggunaan gambar dua pemimpin daripada parti berbeza, misalnya Mahathir dan Wan Azizah, pada bahan kempen yang sama, juga dilarang.
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah baru-baru ini dilaporkan berkata, syarat tambahan diperkenalkan bagi menjamin kempen berjalan secara aman dan tidak mengelirukan pengundi. - mk


Demikianlah Artikel Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU

Sekianlah artikel Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/04/laporan-boleh-guna-gambar-dr-m-tapi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Laporan: Boleh guna gambar Dr M, tapi hanya di kerusi BERSATU"

Posting Komentar