Setiausaha Agung MyPPP, Datuk K. Mohan berkata, Kayveas mempergunakan kedudukannya sebagai Presiden parti untuk memuktamadkan pelbagai keputusan tanpa berbincang dengan kepimpinan parti terlebih dahulu.
Berikutan itu, Ahli Majlis Tertinggi MyPPP telah sebulat suara bersetuju untuk melucutkan kesemua jawatan Kayveas dan keanggotaannya dalam parti berkuatkuasa serta-merta,” katanya pada sidang akhbar MyPPP di Hotel Armada di sini sebentar tadi.
Terdahulu, Kayveas menerusi laman media sosial, Twitter mendakwa telah meletakkan jawatan sebagai Presiden MyPPP serta Penasihat Negeri Perak.
Menerusi status itu, Kayveas turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi MyPPP Wilayah Persekutuan. - K! ONLINE