Mohd Puad LETAK JAWATAN KP JASA kerana tak tercalon

Mohd Puad LETAK JAWATAN KP JASA kerana tak tercalon - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mohd Puad LETAK JAWATAN KP JASA kerana tak tercalon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohd Puad LETAK JAWATAN KP JASA kerana tak tercalon
link : Mohd Puad LETAK JAWATAN KP JASA kerana tak tercalon

Baca juga


Mohd Puad LETAK JAWATAN KP JASA kerana tak tercalon

Mengakui kecewa, Mohd Puad berkata, meskipun mempertahankan kerajaan melalui Jasa, ia seperti tidak berbaloi tetapi meletakkan jawatan adalah langkah terbaik. - Gambar fail
SHAH ALAM: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat beliau menerusi kenyataan di laman sosial Facebook menerusi catatannya yang berjudul 'Hari terakhir di Jasa'.

"Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di Jasa.
"Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya di Jasa," katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Mengimbau kembali 'pahit manis' sepanjang memegang jawatan itu, Mohd Puad merupakan Ketua Umno Batu Pahat berkata, Jasa merupakan 'tempat panas' sehinggakan DAP membawa usul ke Parlimen di sidang Parlimen terakhir awal tahun ini supaya Jasa dibubarkan.


"Sebelum ini dalam bajet Pakatan Harapan mereka mencadangkan supaya Jasa ditutup sahaja," katanya.

Jelasnya, sekiranya mahu disebut satu persatu memang banyak yang telah beliau lakukan sehingga Jasa semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan juga di kalangan pelajar Malaysia di luar negara.

"Apakah saya marah dan merajuk? Itulah tuduhan  mereka yang tidak mengikuti sejarah saya. PRU tahun 1999 nama saya dipotong di saat akhir kerana saya dituduh penyokong (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kerana pernah menjadi guru di sekolah beliau Yayasan Anda Akademi. Saya tidak lari," katanya lagi.

Dalam pada itu, mengakui kecewa Mohd Puad berkata, meskipun mempertahankan kerajaan melalui Jasa, ia seperti tidak berbaloi tetapi meletakkan jawatan adalah langkah terbaik.

"Terima kasih kepada seluruh staf Jasa kerana bekerja sama dengan saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi.
"Maafkan saya kerana memimpin Jasa dengan cara yang keras dan tegas," katanya.

BACA: Mencari 'kiblat' asal dalam perjuangan kepemimpinan Jasa 

Sebelum ini, apabila nama Mohd Puad tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam PRU14, timbul spekulasi beliau akan bertanding sebagai calon Bebas.

BN mencalonkan Ketua Wanita Batu Pahat, Haliza Abdullah sebagai menggantikan Mohd Puad yang tewas pada PRU13 kepada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,524. - Astro Awani


Demikianlah Artikel Mohd Puad LETAK JAWATAN KP JASA kerana tak tercalon

Sekianlah artikel Mohd Puad LETAK JAWATAN KP JASA kerana tak tercalon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mohd Puad LETAK JAWATAN KP JASA kerana tak tercalon dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/04/mohd-puad-letak-jawatan-kp-jasa-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mohd Puad LETAK JAWATAN KP JASA kerana tak tercalon"

Posting Komentar