Mukhriz dedah usaha sabotaj, pecah belah Bersatu

Mukhriz dedah usaha sabotaj, pecah belah Bersatu - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mukhriz dedah usaha sabotaj, pecah belah Bersatu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mukhriz dedah usaha sabotaj, pecah belah Bersatu
link : Mukhriz dedah usaha sabotaj, pecah belah Bersatu

Baca juga


Mukhriz dedah usaha sabotaj, pecah belah Bersatu


ALOR SETAR, 29 Rejab 1438H, Rabu – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ada pihak dari parti lawan yang menggalakkan ahlinya menyertai PPBM untuk memecahbelahkan parti pimpinan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
“Kita juga maklum ada unsur sabotaj oleh satu parti lawan yang menggalakkan ahlinya sertai Bersatu dengan tujuan memecah belah kita dari dalam. Hasil siasat segelintir itu turut ditawarkan habuan wang termasuk tawaran tertentu. Kami ambil pendekatan berhemah untuk tangani isu ini,” katanya.
Mukhriz berkata, pihaknya turut mempunyai bukti sahih berkenaan isu itu, dan bukannya tuduhan melulu.
“Memang ada bukti yang didedah tanpa sengaja oleh individu terlibat. Mereka pun sudah umum keluar parti, jadi kami tidak berhasrat ambil tindakan perundangan,” katanya selepas majlis penyerahan watikah kepada Ketua Srikandi Bahagian Bersatu Kedah, semalam.
Beliau memaklumkan, pihaknya juga sudah mengenal pasti segelintir ahlinya yang bermasalah termasuk disogok habuan wang untuk merosakkan parti itu dari dalam.
Beliau bagaimanapun berkata, tindakan perundangan tidak akan diambil terhadap golongan itu memandangkan kesemua yang terpalit dengan kontroversi itu sudah meninggalkan parti.
“Ia melibatkan segelintir ahli parti sahaja, kemungkinan jumlahnya hanya puluhan yang terlibat dengan perbuatan itu. Namun saya ingin tegaskan, ia tidak beri kesan buruk kepada parti kerana majoriti ahli nekad pastikan matlamat untuk selamatkan negara diutamakan,” katanya,
Pun begitu, beliau menjelaskan, bukan semua ahli yang meninggalkan parti itu terjebak dengan sogokan wang yang ditawarkan pihak ketiga.
“Sebahagian ahli yang keluar ada berikan alasan peribadi atau alasan lain,” katanya.
Mukhriz berkata, parti itu mahu menerapkan budaya lebih sihat kepada ahlinya sebagai pegangan dengan mengekang budaya makan dedak mahupun mengampu pemimpin untuk jawatan selain menolak rasuah.


Demikianlah Artikel Mukhriz dedah usaha sabotaj, pecah belah Bersatu

Sekianlah artikel Mukhriz dedah usaha sabotaj, pecah belah Bersatu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mukhriz dedah usaha sabotaj, pecah belah Bersatu dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2017/04/mukhriz-dedah-usaha-sabotaj-pecah-belah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mukhriz dedah usaha sabotaj, pecah belah Bersatu"

Posting Komentar