[TIADA SAPA KESAN?] Jualan pasir ke India mungkin secara haram, kata menteri

[TIADA SAPA KESAN?] Jualan pasir ke India mungkin secara haram, kata menteri - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TIADA SAPA KESAN?] Jualan pasir ke India mungkin secara haram, kata menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TIADA SAPA KESAN?] Jualan pasir ke India mungkin secara haram, kata menteri
link : [TIADA SAPA KESAN?] Jualan pasir ke India mungkin secara haram, kata menteri

Baca juga


[TIADA SAPA KESAN?] Jualan pasir ke India mungkin secara haram, kata menteri

Pasir yang dikatakan berasal dari Malaysia dan dieksport ke India mungkin dijual secara haram, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
“Setakat yang saya tahu, kita tidak pernah mengeluarkan AP (lesen import) kepada sesiapa untuk menjual pasir ke India.
“Seperti ada sesuatu yang tidak betul yang dilakukan seseorang di sini,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau mengulas laporan Times of India mengenai kumpulan pertama pasir dari Malaysia tiba di pelabuhan di negeri Tamil Nadu.
Akhbar itu melaporkan firma swasta yang berpangkalan di Pudukottai, India, mengimport konsainan yang mengandungi 55,000 tan pasir minggu lepas.
Kos import pasir dari Malaysia itu dikatakan berharga 60 rupee (RM4) setiap kaki padu, 50% lebih murah berbanding harga pasir sungai dari Tamil Nadu yang berharga antara 110 dan 120 rupee.
Laporan itu juga memetik Setiausaha Kehormat Persatuan Pembina India , Pusat Selatan, Chennai, S Ramaprabhu sebagai berkata import itu meningkatkan usaha pemaju untuk mengimport pasir sungai dari negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Kemboja.
Beliau berkata kerajaan Tamil Nadu perlu memudahkan inisiatif itu kerana ia akan mengurangkan pergantungan dan eksploitasi alam sekitar di dasar sungai negeri.
Wan Junaidi berkata beliau akan menyiasat jika ada mana-mana syarikat melanggar syarat AP mereka.
“Jika mereka berbuat demikian, saya akan berbincang dengan perdana menteri untuk membatalkan lesen mereka,” katanya.
Pada 9 Ogos, The Sun melaporkan Wan Junaidi berkata Putrajaya belum memberikan kelulusan kepada mana-mana syarikat di negara ini untuk mengeksport pasir ke India.
“Mana-mana negara boleh berkata mereka akan mengimport pasir dari Malaysia. Sepanjang pengetahuan saya, kita tidak mengeksport pasir ke India.
“Walaupun larangan eksport pasir (sejak 1997) ditarik balik pada 2015, kerajaan masih belum meluluskan sebarang eksport,” katanya.
Wan Junaidi kemudian mengulas mengenai dakwaan awal oleh menteri undang-undang negeri Karnataka, TB Jayachandra bahawa syarikat Malaysia disenarai pendek untuk mengeksport pasir yang boleh didapati di bandar Bengaluru pada harga 175 rupee (RM11.75) untuk sebeg pasir seberat 50 kg.
Dalam satu laporan FMT pada 9 Ogos, Pengarah Eksekutif Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (Cetdem), Anthony Tan Kee Huat menyatakan kebimbangan kesan negatif eksport pasir ke India terhadap alam sekitar dan sumber asli Malaysia.
Menunjukkan negari di India dilaporkan mahu memelihara sumber alamnya, beliau berkata: “Bagaimana dengan pemeliharaan sumber alam negara kita?”
Beliau juga mempersoalkan kredibiliti kedua-dua syarikat Malaysia itu dikatakan sedang berunding dengan kerajaan negeri Karnataka dan Tamil Nadu. Beliau persoal sama ada mereka diberi lesen untuk mengorek pasir sungai di Malaysia. - FMT


Demikianlah Artikel [TIADA SAPA KESAN?] Jualan pasir ke India mungkin secara haram, kata menteri

Sekianlah artikel [TIADA SAPA KESAN?] Jualan pasir ke India mungkin secara haram, kata menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TIADA SAPA KESAN?] Jualan pasir ke India mungkin secara haram, kata menteri dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2017/10/tiada-sapa-kesan-jualan-pasir-ke-india.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[TIADA SAPA KESAN?] Jualan pasir ke India mungkin secara haram, kata menteri"

Posting Komentar