CEO baharu Proton tragedi kepada negara

CEO baharu Proton tragedi kepada negara - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CEO baharu Proton tragedi kepada negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CEO baharu Proton tragedi kepada negara
link : CEO baharu Proton tragedi kepada negara

Baca juga


CEO baharu Proton tragedi kepada negara


Pelantikan Li Chunrong dari negara komunis China sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton yang baharu, merupakan satu tragedi kepada aset negara.
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Haji Aminuddin Yahaya berkata, pelantikan itu adalah satu lagi penghinaan kepada anak Malaysia kerana seolah-olah menggambarkan tidak ada individu daripada kalangan rakyat negara ini yang layak memegang jawatan itu sehingga dengan sewenang-wenangnya menyerahkan tanggungjawab kepada warga asing.
“Aset negara yang besar kini akan ditentukan oleh orang asing yang tidak ada kepentingan kepada negara. Jadi isu kepentingan Melayu dan Bumiputera pasti akan terpinggir.
“Ramai pengusaha-pengusaha Melayu yang menjadi vendor Proton selama ini akan berkubur,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) melantik Chunrong sebagai CEO Proton berkuat kuasa esoki mengantikan Datuk Ahmad Fuaad Kenali.
Lantikan itu diumumkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar dalam sidang akhbar Khamis lalu.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, meskipun beliau tidak menentang pelaburan langsung asing (FDI), namun penguasaan China ini membuktikan kerajaan tidak dapat menentukan syarat-syarat pelaburan asing yang boleh melindungi kepentingan rakyat sendiri.
“Walaupun kerajaan masih menguasai peratusan majoriti tapi kita tidak yakin ia dapat menghalang pihak pengurusan baru menukar polisi-polisi yang mengetepikan kepentingan rakyat Malaysia,” keluhnya.
DRB-Hicom memegang 50.1 peratus pegangan dalam Proton, yang juga memegang 100 peratus pegangan dalam PONSB, yang bertanggungjawab dalam pengeluaran utama, operasi, pembuatan dan pemasaran kumpulan automotif itu.
Manakala 49.9 peratus daripada pegangan di dalam Proton telah dijual kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd. - ismaweb


Demikianlah Artikel CEO baharu Proton tragedi kepada negara

Sekianlah artikel CEO baharu Proton tragedi kepada negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CEO baharu Proton tragedi kepada negara dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2017/09/ceo-baharu-proton-tragedi-kepada-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "CEO baharu Proton tragedi kepada negara"

Posting Komentar