Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu

Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu
link : Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu

Baca juga


Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu

Polis menetapkan beberapa syarat terhadap himpunan bantahan “Turun Harga Minyak, Turun Najib” yang akan diadakan pada malam tahun baru, kata penganjur hari ini.

Anggota sekretariat himpunan itu Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata penganjur antara lain dikehendaki berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penggunaan Dataran Merdeka.

Penganjur juga diminta tidak menjadikan himpunan bantahan itu menjadi demonstrasi jalanan.


“Itu terpulang kepada perbincangan kami semula dengan pihak penganjur. Apa-apa pun, perhimpunan ini akan berlangsung seperti yang kami rancang.

“Polis juga memberi jaminan bahawa mereka akan mejalankan tugas seperti perhimpunan-perhimpunan sebelum ini. Mereka akan cuba facilitate perhimpunan kita dan mejaga ketenteraman awam.

"Pihak polis juga mengharapkan semua peserta nanti dapat menjaga ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya kepada wartawan di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi selepas pertemuan bersama lima yang lain dengan ketua polis daerah Shaharudin Abdullah.

Himpunan “Turun Harga Minyak, Turun Najib: - atau singkatannya “Turun Turun” - dianjurkan Pemuda Pakatan Harapan dengan kerjasama beberapa NGO anak muda dan dijadualkan bermula di kompleks beli-belah Sogo pada 31 Dis, sejam sebelum tengah malam.


Selepas berkumpul, peserta dijangka berarak ke Dataran Merdeka yang terletak kira-kira satu kilometer untuk turut menyertai kiraan detik tahun baru.

Penganjur sebelum ini sudah memaklumkan polis Dang Wangi secara rasmi berkenaan penganjuran himpunan itu pada 21 Dis lalu mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, sebelum dipanggil ke balai polis hari ini untuk membincangkan perkara itu.

Himpunan bantahan itu mendesak harga minyak distabilkan dan dikurangkan melalui subsidi kerajaan, dengan harga siling RM1.90 seliter untuk RON95 dan RM1.80 seliter untuk diesel.

Mereka percaya dengan penurunan ini akan turut menurunkan harga barangan dan kos hidup.

Harga minyak di Malaysia pada minggu yang berakhir pada 27 Dis lalu kini pada kadar RM2.27 seliter untuk RON95 dan RM2.23 seliter untuk diesel.

Himpunan bantahan itu turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.


Apabila ditanya sama ada dengan pemberian subsidi kerajaan melalui agihan wang BR1M mencukupi, Syukri berkata “tidak boleh.”

“Kerajaan sepatutnya mencari cara-cara lain untuk memberi BR1M. Kerajaaan sepatutnya mencari cara-cara untuk meningkatkan pendapatan negara untuk memberi BR1M, bukannya memotong hak rakyat yang lain untuk memberi hak yang lain. Tak boleh.

“Hak rakyat tetap hak rakyat. Subsidi minyak ini hak rakyat, tak boleh kata potong subsidi diganti dengan BR1M. Bagi kita, BR1M ini tidak dinikmati oleh semua, tetapi subsidi petrol ini dinikmati oleh semua. Ini hak yang sepatutnya dikembalikan kepada semua,” katanya.

Sebelum pertemuan dengan polis itu, Syukri turut memimpin sekumpulan aktivis mengadakan flashmob di luar Sogo bagi mempromosi himpunan itu.

Mereka mengedarkan risalah dan berucap kira-kira 30 minit menggesa orang ramai menyertai himpunan.

Syukri berkata, flashmob sama akan diadakan pada waktu dan tempat yang sama Khamis ini. - MK


Demikianlah Artikel Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu

Sekianlah artikel Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2017/12/himpunan-bantahan-turun-harga-minyak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Himpunan Bantahan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" pada malam tahun baharu"

Posting Komentar