Peguam: PPBM terpaksa adakan AGM kerana ‘ugutan’ batal pendaftaran

Peguam: PPBM terpaksa adakan AGM kerana ‘ugutan’ batal pendaftaran - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam: PPBM terpaksa adakan AGM kerana ‘ugutan’ batal pendaftaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam: PPBM terpaksa adakan AGM kerana ‘ugutan’ batal pendaftaran
link : Peguam: PPBM terpaksa adakan AGM kerana ‘ugutan’ batal pendaftaran

Baca juga


Peguam: PPBM terpaksa adakan AGM kerana ‘ugutan’ batal pendaftaran

PPBM “dipaksa” mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya kerana dakwaan ancaman pembatalan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), dakwa penasihat undang-undang parti itu.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM mahu mengadakan AGM tahun depan, selepas 137 bahagian mengadakan mesyuarat, termasuk memilih perwakilan ke AGM.
Katanya, pada 21 November lalu, beberapa pemegang jawatan PPBM menemui Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim untuk mendapatkan nasihat mengenai cara mengadakan AGM memandangkan perlembagaan parti itu menyatakan hanya perwakilan dipilih boleh menghadiri AGM itu.
Mereka turut mengemukakan cadangan kepada JPPM.
Katanya, JPPM hanya meluluskan penubuhan bahagian dari Julai lalu dan parti itu juga dalam proses menubuhkan cawangannya.
Haniff berkata, AGM bahagian hanya boleh diadakan dengan kehadiran perwakilan dari peringkat cawangan.
Bagaimanapun, ketua pengarah JPPM dalam sidang media pada 25 November mengumumkan cadangan PPBM melanggar perlembagaan dan Akta Pertubuhan.
“Surayati berkata, parti itu mungkin berdepan pembatalan pendaftaran jika AGM tidak diadakan,” katanya kepada FMT menjelang AGM PPBM.
Beliau berkata, walaupun JPPM memberikan jaminannya, tiada mesyuarat seterusnya diadakan antara agensi kerajaan itu dan pasukan peguam PPBM.
“Tiada juga sebarang maklum balas sewajarnya melalui surat, walaupun selepas mesyuarat pada 21 November lalu.”
Akibatnya, Haniff berkata, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menulis surat kepada JPPM bagi memaklumkan AGM pertama itu akan diadakan sebelum 31 Disember ini.
AGM itu dijangka dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam dengan ucapan daripada Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Haniff berkata, pucuk pimpinan parti itu akan menyerahkan laporannya kepada JPPM dalam tempoh 60 hari dan terpulang kepada jabatan berkenaan mengiktiraf kesahihan AGM itu.
“Pucuk pimpinan parti bersedia untuk sebarang kemungkinan, termasuk tindakan mahkamah bagi memastikan JPPM tidak digunakan sebagai alat politik bagi memenuhi keperluan mendesak kerajaan sedia ada,” katanya sambil menambah PPBM sudah mengambil semua langkah perlu dan wajar untuk mematuhi perlembagaan dan Akta Pertubuhan 1966. - FMT


Demikianlah Artikel Peguam: PPBM terpaksa adakan AGM kerana ‘ugutan’ batal pendaftaran

Sekianlah artikel Peguam: PPBM terpaksa adakan AGM kerana ‘ugutan’ batal pendaftaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam: PPBM terpaksa adakan AGM kerana ‘ugutan’ batal pendaftaran dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2017/12/peguam-ppbm-terpaksa-adakan-agm-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peguam: PPBM terpaksa adakan AGM kerana ‘ugutan’ batal pendaftaran"

Posting Komentar