Peguam: Cadangan TUN M jadi PM ikut Perlembagaan

Peguam: Cadangan TUN M jadi PM ikut Perlembagaan - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam: Cadangan TUN M jadi PM ikut Perlembagaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam: Cadangan TUN M jadi PM ikut Perlembagaan
link : Peguam: Cadangan TUN M jadi PM ikut Perlembagaan

Baca juga


Peguam: Cadangan TUN M jadi PM ikut Perlembagaan

Siri : 1210

CADANGAN PAKATAN HARAPAN MENAMAKAN TUN DR MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI SAH & SELARI DENGAN PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada 04.12.2017 laporan media MSTAR bertajuk "Pakatan Harapan Calon Tun M, Wan Azizah Sebagai PM, TPM" telah menyatakan :

"Pakatan Harapan secara rasminya mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya."
(Link Laporan : http://ift.tt/2pVX25M)

2. Pada 28.12.2017, satu lagi laporan MALAYSIAKINI bertajuk "PKR setuju Dr Mahathir jadi PM sementara dengan syarat..." telah melaporkan pula :

"PKR secara prinsip bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika gabungan pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang."
(Link Laporan : http://ift.tt/2lny0Y2)

3. Rumusan wajar daripada kandungan kedua-dua Laporan di atas adalah :

(a) Tiga (3) daripada empat (4) Parti Gabungan dalam Pakatan Harapan, iaitu PPBM, DAP dan AMANAH bersetuju untuk namakan TUN DR MAHATHIR sebagai bakal PERDANA MENTERI sekiranya Pakatan Harapan menang PRU-14, dan

(b) Cuma satu (1) Parti dalam Pakatan Harapan, iaitu PKR, yang juga bersetuju dengan cadangan yang sama tetapi dengan satu (1) perbedzaan, iaitu dengan penekanan status PERDANA MENTERI "SEMENTARA" dalam cadangan TUN DR MAHATHIR sebagai bakal PERDANA MENTERI sekiranya Pakatan Harapan menang PRU-14 nanti.

4. Secara PERIBADI saya sesungguhnya percaya, kesemua Rakyat yang prihatin sememangnya kelaparan dan dahagakan agar TUN DR MAHATHIR menjadi PERDANA MENTERI yang "KEKAL", dengan izin kesihatan dan umur panjang NEGARAWAN yang disegani dunia dan disanjungi ramai !!

5. Namun, saya tidak berhasrat melalui Siri : 1210 ini, untuk bincangkan isu cadangan nama PERDANA MENTERI yang "KEKAL" atau "SEMENTARA".

 6. Perkara penting yang perlu saya bincangkan di sini, adalah keKHILAFan kenyataan Setiausaha Agung PAS, TAKIYUDDIN HASSAN  yang memberikan pandangannya menurut laporan MALAYSIAKINI 29.12.2017 bertajuk "PM sementara tak berperlembagaan, kata PAS", di mana beliau dipetik berkata :

" ... proses pelantikan perdana menteri itu perlulah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang telah ditetapkan.",

"Berdasarkan peruntukan-peruntukan di atas, jelaslah bahawa selepas PRU14, Yang di Pertuan Agong boleh menggunakan ‘hak istimewa’ baginda untuk melantik seorang daripada 222 orang ahli parlimen Malaysia yang pada ‘hemat’ baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.", dan

“Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi di parlimen, ... ” (sila rujuk Laporan yang dimuat naik di Ruang Bawah)

7. Bebas daripada isu  cadangan nama PERDANA MENTERI yang "KEKAL" atau "SEMENTARA", rumusan daripada kenyataan TAKIYUDDIN HASSAN, yang dipetik di Perenggan 6 di atas itu, memberi gambaran seolah-olah perbuatan untuk memberi cadangan nama PERDANA MENTERI sebelum Pilihanraya  oleh mana-mana Parti, itu sendiri, adalah kononnya tidak mematuhi PERLEMBAGAAN !!

8. Saya mengatakan bahawa itu adalah SALAH TANGGAPAN dan SALAH TAFSIRAN peruntukan PERLEMBAGAAN di pihak TAKIYUDDIN HASSAN kerana tiada apa-apa peruntukan di dalam PERLEMBAGAAN  yang mengHARAMkan mana-mana Parti memberi cadangan nama sebagai calon bakal  PERDANA MENTERI sebelum Pilihanraya kerana :

(a) Fakta menunjukkan bahawa berbedza dari Barisan Nasional, yang merupakan gabungan FORMAL dan RASMI yang diiktraf undang-undang pertubuhan, Pakatan Harapan masi belum perolehi keselesaan FORMAL dan RASMI yang sama, kerana permohonan Pakatan Harapan masih menanti kelulusan di bawah undang-undang pertubuhan, malahan ianya sememangnya dipercayai dengan munasabah, bahawa kelulusan itu TIDAK MUNGKIN diperolehi sebelum PRU-14 ini !!

(b) Pada masa kini, keempat-empat Parti Gabungan dalam Pakatan Harapan, iaitu PKR, PPBM, DAP dan AMANAH, masih secara FORMAL dan RASMI merupakan empat (4) Parti berbedza yang mempunyai empat (4) pemimpin yang berbedza, di sisi undang-undang, walaupun bagi tujuan PRU-14, keempat-empat Parti tersebut akan bekerjasama seolah-olah satu "Parti" dalam penentuan calon mahupun manifesto dan polisi.

(c) Hatta, berlawanan dengan keKHILAFan pendapat TAKIYUDDIN HASSAN, ianya adalah SAH dan SELARI di sisi peruntukan PERLEMBAGAAN untuk Pakatan Harapan menamakan dan mengumumkan kepada Rakyat Malaysia sebelum PRU-14 lagi, akan calon bakal  PERDANA MENTERI pilihan Pakatan Harapan untuk membolehkan Rakyat Malaysia, dan KeBawah Duli YDPA, untuk tahu dan maklum, sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU-14, maka siapakah pemimpin yang dipersetujui sebagai PERDANA MENTERI oleh Pakatan Harapan yang bekerjasama secara tidak FORMAL dan RASMI itu, bagi memudahkan Rakyat mengUNDI dan, seterusnya untuk KeBawah Duli YDPA melaksanakan kuasa prerogatif KeBawah Duli YDPA untuk meLANTIK akan PERDANA MENTERI yang baru, di bawah PERKARA 43 PERLEMBAGAAN yang memperuntukkan :

" PERKARA 43.

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; ... "

(d) Bukankah menamakan calon bakal  PERDANA MENTERI pilihan Pakatan Harapan itu akan membantu  KeBawah Duli YDPA untuk membuat keputusan Tuanku berkaitan frasa " ... pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat  ... " di dalam PERKARA 43 PERLEMBAGAAN itu ?? !!

(e) Sememangnya peruntukan PERKARA 43 PERLEMBAGAAN itu membenarkan KeBawah Duli YDPA membuat keputusan Tuanku Baginda sendiri, namun sebagai Ketua Negara di bawah PERLEMBAGAAN, nescayalah KeBawah Duli YDPA, semestinya mengalu-alukan cadangan secara terus dari Pakatan Harapan itu, jika Pakatan Harapan menang PRU-14, dan berhak membentuk Kerajaan yang baru, lebih-lebih lagi dengan pengumuman kepada Rakyat akan calon bakal  PERDANA MENTERI pilihan Pakatan Harapan itu, akan meyakinkan KeBawah Duli YDPA bahawa apabila Rakyat turun mengundi Pakatan Harapan, mereka telah mengundi dengan penuh pengetahuan dan persetujuan akan TUN DR MAHATHIR sebagai calon bakal  PERDANA MENTERI pilihan Pakatan Harapan !! Di manakah ketidaksahihan perbuatan ini di sisi PERLEMBAGAAN, mahupun undang-undang ?? !!

9. Malah, perkara yang teramat penting menjelang PRU-14 ini di pihak Rakyat Malaysia yang akan turun mengundi adalah hampir keseluruhan permasalahan dan kemelut yang dihadapi negara dan Rayat tatkala kini, adalah berpunca daripada permasalahan satu individu, iaitu PERDANA MENTERI sekarang yakni NAJIB RAZAK, dan justeru mana Rakyat Malaysia yang prihatin sememangnya  kelaparan dan dahagakan pengumuman Pakatan Harapan bahawa TUN DR MAHATHIR akan menjadi PERDANA MENTERI selepas Pakatan Harapan memenangi PRU-14, dan perkara ini sememangnya adalah SAH dan SELARI di sisi PERLEMBAGAAN  !!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

- Haniff Khatri


Demikianlah Artikel Peguam: Cadangan TUN M jadi PM ikut Perlembagaan

Sekianlah artikel Peguam: Cadangan TUN M jadi PM ikut Perlembagaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam: Cadangan TUN M jadi PM ikut Perlembagaan dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2017/12/peguam-cadangan-tun-m-jadi-pm-ikut.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peguam: Cadangan TUN M jadi PM ikut Perlembagaan"

Posting Komentar