laporan RCI separuh masak: Dr M bakal ambil tindakan undang-undang

laporan RCI separuh masak: Dr M bakal ambil tindakan undang-undang - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul laporan RCI separuh masak: Dr M bakal ambil tindakan undang-undang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : laporan RCI separuh masak: Dr M bakal ambil tindakan undang-undang
link : laporan RCI separuh masak: Dr M bakal ambil tindakan undang-undang

Baca juga


laporan RCI separuh masak: Dr M bakal ambil tindakan undang-undang

Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad akan menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhenti mengedar laporan kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia pada 1990-an, sehingga mereka memasukkan dokumen dibekalkan bekas perdana menteri itu.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, pasukan peguam sudah mengemukakan 495 halaman dokumen perundangan Dr Mahathir kepada RCI selepas prosiding berakhir Ogos lalu.
“Kami menjangkakan dokumen anak guam kami dimasukkan sebagai sebahagian daripada penemuan RCI, tetapi ia tidak berlaku.
“Semua dokumen sepatutnya dilampirkan untuk mereka yang membaca laporan itu untuk membuat kesimpulan mereka sendiri.”
Katanya, antara dokumen diberikan kepada RCI ialah hujah dan undang-undang kes, tetapi RCI nampaknya hanya menunjukkan hujah mereka yang diringkaskan.
Haniff berkata, beliau akan menulis surat kepada sekretariat RCI pada Isnin untuk menuntut mereka berhenti mengedar atau menyiarkan laporan sedia ada sehingga mereka memasukkan semua 495 halaman yang diberikan kepada mereka sebelum ini.
Kami akan memberi mereka masa sehingga Jumaat depan untuk maklum balas, gagal berbuat demikian kami akan memfailkan semakan kehakiman bagi menghalang penerbitan separuh masak itu diterima istana, Parlimen dan orang ramai secara tidak adil dan tidak jujur dalam melaksanakan agenda politik Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Dalam reaksi semalam, peguam itu menyifatkan penemuan RCI tidak memenuhi tahap “produk pratadika” kerana prosiding dijalankan menggunakan “undang-undang hutan” dan “peraturan sarkas”.
Haniff terkejut laporan itu mengesyorkan kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah, sedangkan hakikatnya bahan yang dirujuk RCI kurang dan tidak mencukupi untuk mencapai kesimpulan itu.
Katanya, bahan yang dirujuk dalam prosiding RCI itu berdasarkan khabar angin, tekaan, andaian dan anggapan yang tidak memenuhi tahap kredibiliti boleh diterima secara sah.
Siasatan RCI itu dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail.
Panel 6 anggota RCI itu membuat kesimpulan terdapat unsur fakta dan maklumat tersembunyi berkaitan kerugian forex ditanggung BNM dan kenyataan mengelirukan yang diberikan kepada Kabinet, Parlimen dan orang ramai.
RCI dalam laporan setebal 400 muka surat menyalahkan bekas penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop atas kerugian RM31.5 bilion yang ditanggung bank pusat itu dalam urus niaga forex pada 1992 hingga 1994.
RCI itu turut mengesyorkan polis menyiasat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan. - FMT


Demikianlah Artikel laporan RCI separuh masak: Dr M bakal ambil tindakan undang-undang

Sekianlah artikel laporan RCI separuh masak: Dr M bakal ambil tindakan undang-undang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel laporan RCI separuh masak: Dr M bakal ambil tindakan undang-undang dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2017/12/laporan-rci-separuh-masak-dr-m-bakal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "laporan RCI separuh masak: Dr M bakal ambil tindakan undang-undang"

Posting Komentar